Zahra Si Mabuk Tuhan (Walihah)

3:05 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Bismillahirrahmanirrahim dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamua’alaikum. Mulanya, gelora api cinta tak begitu membara. Namun, setiap orang yang datang, Mengipasi apinya sedikit demi sedikit. (Haji Mulla Hadi Sabzewari)

Dia-lah ALLAH yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Nama-Nama yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. Al-Hasyr: 24)

Sebutlah nama-nama ALLAH, dalam setiap zikir dan doa kita. Jika kita memohon diberi petunjuk, sebutlah nama Al-Hâdi (Maha Pemberi Petunjuk). Jika kita mohon diberi sifat kasih sayang, sebutlah nama Ar-Rahmân (Maha Pengasih). Semoga doa kita akan semakin makbul. Anjuran untuk menggunakan Asmaul Husna dalam berzikir dan berdoa, diterangkan oleh ALLAH SWT dalam Al-Quran. 

Alhamdulillah, dapat saya berkongsi ilmu pada hari ini kepada anda semua. Hasil pembacaan saya daripada buku karya DR JARID NURBAKHSH yang berjudul WANITA-WANITA SUFI yakni wanita-wanita pilihan disisi Allah SWT….subhanallah, saya tak sangka begitu banyak wanita(sejarah) yang di senaraikan antara wanita-wanita sufi.....kita diajak jauh mnyusuri peringatan yang agung dan penuh pengiktibaran. Adalah penting bagi setiap individu menatapi jejak mereka kerana mereka disenaraikan antara wanita-wanita pilihan disisi Allah SWT. Mereka adalah role model untuk kita jejaki dan teladani bagi mengembalikan maruah yang kini kian tercabar dan tercalar.

Wanita pilihan hari ini ialah ZAHRA,SI MABUK TUHAN(WALIHAH) :-

Menurut Muhammad ibn Salamah, Dzun Nun Al-Mishri telah menceritakan kisah berikut mengenai perjumpaannya dengan Zahra Al-Walihah: Suatu ketika aku sedang mengembara melalui sebuah lembah yang liar dan sukar ditempuh di luar kota Jerusalem. Tiba-tiba aku terdengar seseorang mengucapkan doa berikut ; “ ya Allah yang Maha Pemurah, anugerah-Mu tiada terhingga banyaknya. Wahai Tuhan yang Pemurah, pemilik keabadian, berkahilah mata hatiku agar boleh melihat syurga anugerah-Mu. Wahai yang Maha Lembut, izinkanlah aku beristirehat dengan rahmat dan kasih saying Mu. Wahai yang Maha Baik, anugerahilah aku sebahagian dari jalan-jalan yang ditempuh oleh mereka yang takjub kepada-Mu kerana kecemerlangan cahaya-Mu. Jadikanlah aku sentiasa mencari-Mu dan mengabdikan kepada-Mu tanpa pernah menyerah. Wahai yang menganugerahi cahaya hatiku, tujuan pencarianku, jadilah Engkau kawan dalam kebajikan-kebajikanku.”

Kucari sumber suara itu dan kutemui seorang wanita yang kurus kering. Dia memakai pakaian yang diperbuat dari bulu kambing dan cadar yang dibuat dari jalinan rambut. Nampaknya dia telah mengalami perjuangan kerohanian dan kedukaan telah membuatnya merana. Cinta pada Tuhan telah meluluhkan dirinya dan keterpesonaan telah membuatnya fana.

“Assalamu’alaikum,” aku menyapanya.

“Wa’alaikum salam, wahai Dzun Nun,” jawabnya.

“Laa ilaaha illallaah!” seruku. “Bagaimana engkau boleh mengetahui namaku sedangkan sebelum ini engkau belum pernah bertemu denganku?”

“Di dalam rahsia jiwaku,” dia menjawab, “Kekasihku telah menyebut namamu kepadaku dan merobek tabir kebutaan yang meliputi hatiku sehingga aku tahu siapa engkau.”

“Teruskanlah doamu,” pintaku kepadanya. “Wahai Pemberi Cahaya,” doanya, “Berilah aku kemampuan untuk menjauhkan diri dari keburukan apa yang kulihat, kerana aku telah terasingdari semua kehidupan.” Lalu dia jatuh ke tanah dan mati. Aku tertunduk dalam kebingungan dan tidak beranjak dari tempat itu. Tiba-tiba datanglah seorang wanita tua yang wajahnya serupa dengan wajah wanita yang baru sahaja meninggal itu. Melihat jasad wanita yang meninggal itu dia berseru, “Alhamdulillah, Allah telah menunjukkan kemurahan-Nya kepadanya.”

“Siapakah dia?” tanyaku kepada wanita tua itu. “Apakah engkau belum pernah mendengar tentang Zahra Al-Walihah?” dia bertanya. “Dia adalah puteriku. Selama dua puluh tahun semua orang telah menganggapnya gila. Dia binasa kerana rindu kepada Allah.”

MasyaAllah. sampai begitu sekali rindu cinta Zahra Al-Walihah kepada Allah SWT…bagaimana pula kita?? Anda sendiri yang mengetahuinya. Akhir kata, sentiasalah merindu untuk bertemu dengan-Nya. Wallahua’lam…

You Might Also Like

3 comments

  1. masyallah..tergugat hati ikhwan yg mmbacanya..syukran ats perkongsiannya..

    ReplyDelete
  2. hebat sungguh kecintaanye pd Tuhan ;') masyaAllah tersentuh membacanya ;')

    ReplyDelete