Sifat Malu
9:26 AM~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan
Malu itu Mulia
Balik kepada tajuk kita di atas,iaitu SIFAT MALU. saya tertarik untuk membuat entri ni apabila mendengar sendiri dlm rncgn Ta'lim tv1..hehe berkenaan sifat malu.so, ingin saya kongsikan serba sedikit berdasarkan apa yang sy dengar drpd rncgn tersebut.
ya malu merupakan perasaan fitrah atau lahiriah yang hadir secara semulajadi dalam diri setiap manusia di dunia ini, para ulama mentakrifkan maksud sifat malu ini ialah di takrifkan sebagai "perasaan yang tidak ingin/enggan melakukan atau menonjolkan apabila menghadapi atau melihat atau melakukan sesuatu perkara/hal yang bercanggah drpd hukum syarak"
ingin saya tambah di sini berkenaan hadith (Hadith ke dua puluh(20) dari kitab hadith empat puluh karangan Imam Nawawi ini berkisar mengenai kepentingan memiliki sifat malu. Mari sama-sama kita memahami dan mengaplikasikan isi kandungan hadith ini dalam kehidupan harian kita)..
عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ )) رواه البخاري.
Terjemahan hadith
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari)
DARIPADA Abu Said al-Khudri katanya: Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda.(Riwayat Muslim)
Malu Rasulullah SAW begitu tinggi,Baginda malu dan akan berubah air muka a/bila melihat sesuatu perkara yang bercanggah dengan hukum syarak dan menyalahi dlm tuntutan agama Islam..masyaAllah..itu sifat malu Nabi Muhammad SAW, namun kita, bagaimana?
Adakah mata kita terpelihara daripada melihat perkara-perkara yang menyalahi hukum agama islam kerana adanya sifat malu seperti Rasulullah SAW?? wallahua'lam. tanya diri sendiri sedalam-dalamnya, dalam riwayat Imam Malik: setiap agama mempunyai akhlak/peraturan dan akhlak Islam itu adalah sifat malu dan sifat malu itu juga yang akan mencegah kita daripada melakukan perkara yang di larang dalam Islam.
seperti yang dinyatakan, terdapat tiga jenis sifat malu iaitu:
Adakah mata kita terpelihara daripada melihat perkara-perkara yang menyalahi hukum agama islam kerana adanya sifat malu seperti Rasulullah SAW?? wallahua'lam. tanya diri sendiri sedalam-dalamnya, dalam riwayat Imam Malik: setiap agama mempunyai akhlak/peraturan dan akhlak Islam itu adalah sifat malu dan sifat malu itu juga yang akan mencegah kita daripada melakukan perkara yang di larang dalam Islam.
seperti yang dinyatakan, terdapat tiga jenis sifat malu iaitu:
-MALU KEPADA ALLAH SWT
-MALU KEPADA DIRI SENDIRI
-MALU KEPADA ORANG LAIN
Dan Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui...Malu kepada Allah adalah malu yang merangkumi keseluruhannya yakni bersifat syumul,malu yang berasaskan tauhid dan akidah..misalnya kita takut untuk memfitnah/mengutuk orang lain kerana kita malu kepada Allah dan berfikir adakah kita sudah terlalu sempurna atau tidak untuk bercakap tentang keburukan orang lain,sedangkan tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini...wallahua'lam..tepuk dada tanya iman..kalau tanya hati..takut syaitan pula yang berbisik dalam hati itu, kan??
Alhamdulillah, setakat itu sahaja yang saya dapat berkongsi dengan anda semua,jika ada sebarang kesilapan atau kesalahan..mohon di beritahu salah silapnya dan di maafkan ya...yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu semestinya daripada kesilapan saya sendiri. Akhir kata dari saya.
Mudah-mudahan kita mempunyai sifat malu seperti Rasulullah SAW
Mudah-mudahan kita dapat redha Allah dan ke Syurga kerana sifat malu kita
Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT..
Wallahua'lam...
"cermin diri hiasi peribadi"
0 comments