Aku nak mati!!
10:37 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Kematian itu hakikatnya tidak boleh dipercepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat pun…seperti dalam firmanNya:“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktunya, maka apabila datang waktunya mereka tidak mengundurkannya walau sesaat pun mahupun mempercepatkannya” (AL-A’RAF:34)
situasi disuatu petang yang dahsyat:
Hamba Allah 1 : “hmmm..susahnya hidup, mati kan senang!!..hilang jg segala masalah aQ kat dunia ni...”
Hamba Allah 2 : “senangnya kawan Qu ni berkata. kau fikir hidup kau akan senanglah bila dah mati dalam kubur tu?? dah cukupkah bekalan yang kau nak bawa menuju akhirat ?? dah berapa banyak amal jariah yang kau dah buat??..kalau dah cukup ble r kau mati."
Hamba Allah 1 : “amboi,agak kasar bahasa tu! perli aQ ker..??..”
Hamba Allah 2 : “La ilaha illallah..tak da niat aQ langsung nak perli kau apatah lg nak berkasar. Aq cuma tak suka dengar ada hamba Allah yang cakap begitu,lebih2 lagi kawan aQ sendiri...sahabat Qu,setiap kata yang keluar dari mulut kita adalah satu doa, walhal kata-kata mahupun doa nak dipercepatkan waktu kita (mati),itu semua manusia yang lemah! berputus asa!tak yakin..tak percaya dengan rahmat Allah berikan! nauzubillahi. sahabat Qu, aQ kenal kau dah lama,sejak tadika lg,kita tak pernah terpisah..dari perkenalan kita ni, aQ kenal sgt dgn perangai kau..kau bknnya kwn yang mudah berputus asa..kau jg yg banyak nasihatkn aQ tentang agama..tapi,apa dah jadi??..”
Hamba Allah 1 : “Astaghfirullahala'zim. maafkan aQ sahabat, aQ khilaf. banyak perkara yang aq fikir dalam kepala ni..tak dapat aQ tahan..!! arghhh..(sambil bercucuran air mata)..”
Hamba Allah 2 : “Sahabat Qu, sungguh pun ujian Allah amat perit namun terselit kepada kita sebuah kebahagiaan, bukannya Allah suka2 nak uji kita hambanya, tapi Allah nak menguji sejauh mana keimanan kita..kepercayaan serta keyakinan kita kepada-Nya..Bukankah Allah telah berfirman: “Usahlah bersedih ,sesungguhnya Allah bersama kita” (AT-Taubah: 40)
Sahabat Qu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian, jika dia orang yang berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia orang yang berbuat buruk, mungkin sahaja dia akan memohon keampunan."(riwayat al-Bukhari)...usahlah kau berputus asa dengan hidup ini..sebelum kita wujud kat dunia ni pun,kita telah ditentukan qadak wa qadar masing2...pasti ada derita!pasti ada bahagia! cuma, hanya kita yg mampu menghadapinya...” Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita:
“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”(Al-Baqarah: 216)
Hamba Allah 1 : “(bercucuran air mata,sambil memeluk sahabatnya) aQ minta maaf..minta maaf...aku tidak akan putus asa .akan Qu cuba lagi selagi ada nyawa dibadan..terima kasih sahabat Qu..”
Hamba Allah 2 : “Allah lebih mengetahui tentang hambanya..mohon ampunlah darinya dan bertaubatlah..sharing is caring sahabat Qu (sambil tersenyum manis)....” Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian dan bertemu ajal...kematian itu pasti!!
kematian itu seumpama pintu, setiap orang pasti melaluinya, orang sakit mati, orang sihat pun mati! yang tua mati, yang muda pun mati! setiap yang hidup pasti akan mati! ketika itu tidak berguna lagi rayuan, ya Allah, bawalah kami balik ke dunia, kami nak beramal soleh, kami sudah yakin dengan syurga dan neraka Mu, kami sudah melihat segalanya tidak berguna lagi rayuan ketika itu!
ya Rabb matikan lah kami dalam keadaan taat kepada-Mu, matikan lah kami, akhirkanlah kehidupan kami, sebagaimana Engkau akhirkan umur orang yang Engkau kasihi, akhirkan lah umur kami dengan Kalimah 'La illaha illallah......!'
ya Allah janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan maksiat, janganlah Engkau ambil nyawa kami sebelum kami sempat bertaubat, janganlah Engkau akhir umur kami, sebagaimana Engkau akhirkan umur hamba-hamba yang Engkau Murkai. amiin ya rabbal a'lamin.
p/s:peringatan untuk diri dan sahabat sekalian.ingat Mati! anda bijak!
4 comments
assalamualaikum..
ReplyDeleteamat bermanfaat post enti nih..
sesungguhnya kita juga di ingatkan supaya mengingati mati,dgn itu kita sntiasa akan tawadhu kapada-NYA..Allahu'alam..
smoga enti drahmati oleh-NYA..Allahumma amiin
=))
to Nadia Alzahra= alhamdulillah ukht,syukran jazilan..smoga enti drahmati oleh-NYA juga..^_^ semoga dengan prkongsian ini,hati wa jiwa kita cenderung utk sentiasa mengingati-Nya..insya-Allah ^_^
ReplyDeletekematian adalah pasangan yang setia menanti kita..tak perlu dicari,jangan juga dilupa :)
ReplyDeleteto Syukri=na'am..Saat itu baru kita sedar, betapa singkatnya hidup, betapa menyesalnya dengan waktu terbuang begitu saja, baru sedar kalau hidup tiada lain hanya untuk beribadah..lillahita'ala
ReplyDelete