Contest Sayangi Ibu Anda

7:55 PM

Assalamualaikum
Hari yang indah , mohon limpah rahmat daripada Nya

1st,terima kasih sayang <3 Adik Azyla yang membuat contest ni, sangat bagus kiranya contest sebegini dibuat. sokong 100%^^, sahabat-sahabat yang nak join contest ni, boleh klik kat nama adik azyla tu.Jom ramai2 join! 2nd terima kasih sayang <3Adik Rabiatul sebab tag akak untuk contest ni! ^^ 1st time join contest2 sebegini, semoga hasrat murni ni Allah SWT rahmati InsyaAllah^^. Saya tak terer nak bermadah puitis macam adik Rabiatul * kena lagi adik B2 hehee* tapi, ikhlas dari hati untuk berkongsi tentang mak kesayangan ^^ sempena Hari Ibu *orang kata saya anak mak, huhu saya suka mereka kata begitu ^^,* saya mengaku memang tersangatlah manja dengan mak huhu* chi mama ohhh chi mama <3

Gambar telah di 'Removed' maaf :)

Mak kita yang cantik ni namanya Puan Sainah Binti Dulamit,
Isteri kepada Sarjan Pairin bin Juni*ini mmg nama ayah saya huhu


Seorang mak yang telah melahirkan tujuh orang cahaya mata,*tapi,permata hati yang pertama, Allah lebih menyayanginya dan meninggalkan kami, tinggal kami ber-6 sahaja, Mak kami sangat terer masak*anaknya bagaimana? Huhu* tak garang tapi tegas, comel, manis, cantik,*takpa kalo puji mak lebih2* sejak akhir2 ni mak agak sensitif*faktor usia kali* suara mak yang agak tinggi^^ *dari kejauhan pun boleh dengar hehe* mudah mengalirkan air mata*huhu takut sangat mak menangis*, mudah terasa*kena selalu jaga hati mak*<3 sporting dan penyayang itulah mak saya! Banyak lagi tapi, tak dapat diungkap dengan kata-kata^^ *suka peluk mak!!* <3 u mama

Diceritakan oleh akak kami, penat lelah mak sebelum wujudnya kami anak ke-4, ke-5 dan ke-6 ni,tempat tinggal waktu tu di camp air panas tawau,sabah..akak kata mak tersangatlah rajin mencari duit tambahan untuk anak-anaknya, mak ambil upah jahit baju, jual sayur*hasil tanaman sendiri, jual aiskrim harga 20sen*mak buat sendiri*, akak kata aiskrim mak paling sedap dan tersangatlah laku ramai budak yang beli^^ , mak buat kerja itu buat kerja ini..* rajinnya mak…, pendapatan masa dahulu memang tak berapa mencukupi, gaji ayah waktu tu mungkin tak seberapa, ayah pula sering takda kat rumah sebab selalu keluar masuk operasi, mak pernah cerita, *waktu ayah masuk operasi* mak pernah seorang diri kat rumah waktu mak mengandung, kagum sangat dengan mak yang tetap sabar dan tabah w/pun keseorangan dan masih terus bekerja. Nak jadi macam mak! Anaknya ni malas =_= Huhu sayang mak!!<3<3<3

Mama, anakmu ini lahir tanpa apa-apa, mama yang mengajari jiha segalanya tentang kehidupan, membesarkan jiha dengan sedaya upaya mu, segala pakai, makan dan minum jiha mama jaga, sakit badan,tangan dan kaki mu tidak kau hirau asalkan anakmu ini merasa senang dan berharap akan menjadi orang yang berguna bila dewasa. Mama, masih saya ingat ketika saya jatuh sakit mama selalu ada disamping jiha menemani waktu tidur, ketika jiha dalam ketakutan mama yang menenangkan saya, mama juga yang menegur saya bila saya salah, mama juga yang mengingatkan jiha bila saya lupa, mama juga yang menghiburkan hati jiha bila saya berduka, mama juga yang menyembuhkan hati jiha bila saya terluka. Mama, kini jiha telah dewasa, jiha akan berusaha mengejar cita-cita untuk menunaikan harapan dan impian buat mu mama. Terima Kasih mama! Bagi saya mama segalanya didunia ini, entah bagaimana keadaan saya tika jiha berjauhan dengan mu pasti merana hati dan jiwa saya, kasihmu pada saya tak dapat saya balas sampai bila-bila, Allah sahaja yang dapat mendengar rintihan kasih yang sangat mendalam ini kepada mu Mama..<3uMama! <3 u juga ayah!^^ nak cerita tentang mak memang tak menang tangan..



Kisah Diatas Telah Disahkan Benar dan Diluluskan oleh: Puan Sainah binti Dulamit.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"

"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


"O Our Lord! forgive me, and my parents, and all the Muslims on the day when the account will be established."


Istighfarlah, Istighfar...Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.Atau kata-katanya sering menggores hati mereka,Atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka.Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
mama, Ampunkanlah dosa-dosa anakmu...:(



Nak tag siapa?

Sepatutnya nama pertama yang perlu ditag ni adalah adik Rabiatul tapi dia yang tag dulu hehe*asyik2 kenakan adik B2 ja huhu* tapi fikir punya fikir nama kat bawah ni juga yang kena.


mereka:

SELAMAT HARI IBU diucapkan buat ibu seluruh dunia.^^

You Might Also Like

7 comments

  1. Syukran tag akak..
    InsyaAllah,kalau ada kesempatan sy join.. Tp rasanya macam x je..

    ReplyDelete
  2. @Ibnbakrafwan..xpa..kalo boleh kac boleh, kalo tak jgn paksa..hehe ok^^

    ReplyDelete
  3. kita banyak berhutang dgn ibu bapa kita! :)
    x percaya?
    cuba kira aset yg kita miliki.....
    dan duit yg telah kita belanjakan
    hua3

    ReplyDelete
  4. sedih...='(
    mama kak Jiha seorg yg hebat! kirim salam dkt mama akak ye.
    Ibu kita bukan main lagi syg kita kan, semuanya mampu dibuat demi kasih terhadap anak...='(

    terima kasih akak, haha, dah sempurna tag ni ^_^ baguslah akak ni, skjp je siap
    *heheh nanti boleh tag lagi * *muka jahat* aha~

    Semoga Allah megampunkan dosa kita, dosa kedua ibu bapa kita dan dosa muslimeen mulimaat...Ameen..

    ReplyDelete
  5. @songkok_hensem=terlalu banyak..tak dapat nak balas..huhuuu terima kasih kerana mengingatkan saya yg dah lupa ni...huhhu =_='

    ReplyDelete
  6. @Syauqatul Wardah= alhamdulillah..syukur akak^^ mak adik juga seorang yg hebat,mak yg tabah...^^

    tag ja akak apa2 kompom akak buat..hehee adik ku sayang!!

    ReplyDelete
  7. hampir2 di tag..hehe
    i.Allah, moga akak dpt berkeluarga lgi di alam syurga :)

    ReplyDelete