Sabar

10:47 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Kalbuku yang mabuk oleh anggur lembut kasih sayang dan cinta, kembali merindu kekasihnya
Hamba yang tidak sengaja berbuat dosa tetapi menangis penuh penyesalan tetaplah seorang hamba

Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.” Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”

Tak salah rasanya jika dikatakan ramai orang yang tidak suka diberi nasihat supaya sabar menerima musibah. Ini kerana sabar amat susah diamalkan, ia menuntut seseorang melupakan masalah yang menekan jiwanya dan menelan kesabaran itu padahal dia boleh memberontak dan lari dari masalah. Saat jiwanya marah kepada keadaan yang terjadi, Allah SWT menyuruhnya mengawal diri dengan sifat sabar. Tidak boleh marah kepada qadak dan qadar Allah SWT, tidak boleh mengungkit kebaikan walaupun kebaikan itu dibalas orang dengan kejahatan.

Bukan senang mengamalkan sabar, sehingga Allah menjanjikan pahala yang tidak dapat dihitung kerana terlalu besarnya, pahala tanpa batas sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud "katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman bertakwalah kepada Tuhan-Mu. Orang-orang yang berbuat baik didunia ini memperoleh pahala dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah Al-Zunar ayat:10).

You Might Also Like

9 comments

  1. insyaallah.. try terapkan sifat sabar dlm diri :)
    eh..slmt hari guru..hahaha

    ReplyDelete
  2. yup,sabar tidak mudah..tp bila dah dapat kuasai marah dgn sabar,ianya indah =D

    *mujur dpt buke blog akak..td sy xleh buke..^^ lege~

    ReplyDelete
  3. sabar itu cabangnya iman. =)maka bersabarlah duhai hati

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..terima kasih utk entry ni. hati bebetul tgh panas mendidih sbb geramkan pd anon yg tinggalkn link utk kita klik iklan dia kt shoutbox. terbaca pula entry ni.

    terima kasih....

    ReplyDelete
  5. hmm

    kdg2 kita suruh org sabar boleh je..
    tp klo kita yg di suruh bersabar... huhu

    punya la payah~

    kan3


    jom baca dan komen Aku seorang Guru Pelatih.

    ReplyDelete
  6. sabar,betul amatlah susah nak diterapkan dalam diri..kadang nak jadi seorang penyabar tapi ada jer yg membakar supaya kesabaran itu hilang dalam diri..apa2 pun,kalau dalam keadaaan marah sekali pun atau diduga dengan dugaan yg menimpa,besar ganjarannya apabila kita bersabar..perbaiki diri yg penuh dgn kesilapan..

    ReplyDelete
  7. sabar, indah sgt akak! ^_^ bila kita sabar, manis terasa sebenarnya. percaya Allah sentiasa bersama org2 yg sabar. =)

    ReplyDelete
  8. "Maqam syukur itu lebih tinggi daripada sabar"

    kerana 'syukur' itu dilakukan tatkala tanpa musibah dan ketukan kepada kita tetapi 'sabar' sudah semestinya kena bersabar kerana semuanya telah terjadi.. :)

    ReplyDelete
  9. sabar sebahagian drpd iman..

    teringat satu entri sahabat ana punya : http://azroyfaiz.blogspot.com/2011/05/patience-easy-on-expression.html

    (bukan promote blog ye)

    ReplyDelete