masalah adalah anugerah

8:10 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Masalah adalah anugerah,* apa yang budak ni merepek* =_='

Tidak terkecuali daripada hukum alam ini. Menghadapi masalah demi masalah*masalah itu dan ini* kadangnya tewas dengan perasaan hiba dan merasa tidak punya kekuatan lagi untuk bertahan. Alhamdulillah, bila tewas itu menghampiri, masa itu pula seolah-olah kekuatan datang dalam diri, ya itu adalah pertolongan ilahi yang seolah-olah sinar menyuluh segala kegelapan, teringat satu cabaran yang dihadapi*cabaran yang sangat hebat*,air mata bagaikan telah kering kerana terlalu menangis.

Peristiwa yang menyedihkan dan memedihkan jiwa itulah yang telah membuat diri dapat memahami erti hidup dengan lebih meluas. Selalu mengingatkan diri agar jangan cepat menghukum sesuatu perkara itu baik ataupun buruk. Lihat dan ambillah apa yang berlaku kepada diri sebagai guru yang mendidik jiwa insan agar hidup kita terpimpin. Jangan membenci takdir! jangan menyalahkan Tuhan! mengambil iktibar daripada masalah itu dan bentuklah jiwa menjadi lebih kuat dan berani..insyaAllah -_-.

Percaya!, di mana ada masalah, di situ juga ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya diri sedar, diri adalah   hanyalah hamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik...T_T datangnya masalah untuk menjadi pemangkin bagi diri untuk bergerak satu langkah ke hadapan. Masalah adalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang datang dalam bungkusan yang tidak indah berbanding dengan nikmat, namun ia tetap hadiah. Malah mungkin merupakan hadiah yang lebih berharga. Bila diri kenal itu adalah hadiah dan diri buka bungkusan itu, diri terima ia dan bersyukur keatas pemberian itu.

Allah SWT berfirman maksudnya:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Surah Az-Zumar: 53]

Jadikan ia teman yang menyuluh jalan kita supaya kita sentiasa berjalan di atas jalan yang lurus. Ya Allah, rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan. Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari Mu. Bersyukur atas pemberian itu.

Terbangun dari mimpi yang seakan begitu benar rasanya =_='



You Might Also Like

4 comments

  1. Masalah itu walaupun ia pahit,, tetapi ia kadang2 dapat menjadi sebuah kenangan yg manis dalam mengembara di muka bumi ini...
    Moga terus maju bergerak ke hadapan..

    ReplyDelete
  2. Bila lepas fasa kepahitan tu, terasa indahnya ujian andai kita sandarkan segalanya pada Allah.

    Bukan mudah utk berkata, tapi hakikatnya diri pernah jua melalui fasa itu.

    Bukan mudah tapi indah bila ternyata tahu akan hakikat kita adalah hambaNya. (=

    ReplyDelete
  3. @HaDi= alhamdulillah syukran ya akh Hadi sudi singgah dan komen, setuju dgn akh! yang pahit itu ubat..untuk kita terus bergerak...insyaAllah, maju terus ke hadapan

    ReplyDelete
  4. @Izzati Hashim=Alahamdulillah..syukran ukht Izzati sudi singgah dan komen^^ setuju juga dengan ukht! kita cuma hamba Allah, terima segalanya yang ditakdirkan untuk kita, w/pun hakikatnya sukar namun Allah itu maha pengasih, Allah menguji mengikut kemampuan hambanya dan pertolongan Allah sentiasa terbuka untuk hambanya yang sentiasa berdoa mohon pertolongan dari-Nya..^^

    ReplyDelete