Tidak Puas

10:07 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Ramai yang mengejar kekayaan tetapi hati tidak tenang, apakah kekayaan itu dinilai dengan banyaknya wang, ramainya anak atau tingginya pangkat dan gelaran? Mengapa orang yang telah memiliki semua itu tak jua merasa puas dan bahagia, tenang dan selesa? Mereka masih juga dihantui rasa takut muflis, risau persaingan hebat sesama peniaga, harta yang tak mencukupi, perbelanjaan lebih daripada keuntungan, duit habis cepat walaupun dapat untung cepat.

Mereka keletihan menghitung hutang, mengejar keuntungan, meningkatkan penjualan, merasai kerugian. Mereka dipermainkan wang, dilalaikan oleh perniagaan dan diperhambakan oleh nafsu.
"Ya Allah, Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya." Amin.
Tidak tersisa sedikit masa untuk bertaubat, membersihkan harta, melakukan amal soleh dan menilai halal dan haram. Harta menjadi punca keretakan rumah tangga, suami dan isteri bergaduh, anak-anak lari dari rumah dan saudara mara berselisih faham. Harta itu menjadikan mereka hipokrit, riak, menzalimi yang lemah dan suka bermegah-megah. Mereka menjual akhirat untuk mendapatkan harta dunia yang murah. Jual maruah diri, jual iman dan jual hati. Pada hakikatnya mereka miskin jiwa walaupun banyak harta.

p/s: untuk renungan bersama..."Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah diantara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."(surah Al-Hadid ayat:20)

p/s: tahniah buat adik-adik yang bakal menjejakkan kaki ke fasa baru, tumpang sekaki kegembiraan anda, jangan jadikan dunia luar anda daripada pengawasan ibu bapa ini membuatkan kita lupa kepada mereka yang membesarkan kita supaya menjadi seorang yang berguna kelak..

You Might Also Like

8 comments

  1. memang kejar harta dunia rasa xpuas.lebih baik bersedia dengan amalan untuk akhirat kelak...

    "carilah duit untuk hidup bukan hidup untuk duit sebab duit itu takkan mampu untuk beli kita punya pahala" (kata2 dari sebuah blog, tapi sangat menarik)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..

    ya mmg ada yg kejar harta dunia tak puas, dapat sikit nak lebih..lepas tu mulai dah lupa diri..nauzubillahi

    *menarik kata2 itu, ya..wang untuk hidup didunia bukan hidup untuk wang!

    syukran dik untuk link entri kwn dik tntg 'sabar' tu..dah baca jg sebelum ni..alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa jelas dgn matlamat hidup..dunia hanyalah tempat menyemai..akhirat adalah tmpat untuk menuai..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. "Hiduplah untuk dunia seakan-akan malaikat maut tidak akan menjemput,dan tunaikan kewajipan utk hari akhirat seakan-akan esok ajal dijemput.."

    Kalau urusan antara dunia dan akhirat tidak mampu diseimbangkan,memang diri tidak akan pernah puas..

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Dunia itu sentiasa menjadi daya penarik manusia...
    Tiadalah yg dapat menghalang daripada hati yg terus lalai dan dilekakan oleh nya melainkan hati yg tawadhu' ttg hakikat tujuan kehidupannya di muka bumi ini...

    ReplyDelete
  6. takkan pernah berasa puas dengan kehidupan dunia,
    kalau itu yg dikejar dalam hidupnya..walau yg dikejar pada dunia,mesti ada pada batasnya..hidup bukan didunia semata,tapi akhirat disana juga..^^

    ReplyDelete
  7. harta itu ujian, ujian kesenangan itu lebih sukar berbanding ujian kesusahan kerana ujian dengan nikmat yang melimpah ruah kebiasaannya bisa membuatkan manusia itu lupa kpd Allah berbanding jika ditimpa ujian yang menduga ketabahan hati...

    biarlah dengan harta dunia ini menambah kekayaan di akhirat kelak..
    kejarlah akhirat nescaya dunia turut mengejar kita..=)

    p/s: akak, Medsi mcm mana?

    ReplyDelete