Saya Suka Dipuji.
6:56 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Pujian?
Pujian?
Mari kita gali dengan lagi mendalam tentang baik, buruk, perlu atau tidak dan setakat mana kita sebenarnya boleh memberi pujian pada seseorang…selain itu, yang akan saya kongsikan juga adalah bagaimana seseorang perlu lakukan apabila berhadapan dengan ‘Pujian’…yaa..of KoS semua makhluk Tuhan rasanya suka bila di beri pujian..bahkan ada juga yang suka sangat nak Puji orang lain..sikit-sikit nak puji orang itulah..orang inilah..urmm…tak tau apa kena dengan orang tu, terlalu baik kot..hehe..
Sebenarnya memberi pujian ni tak salah pun, bahkan kuasa pujian ni juga penting dalam kehidupan kita..why?? sebabnya, pujian ni kiranya seperti kita menghormati dan menghargai usaha seseorang itu…menaikkan semangat..tanda kasih sayang..tanda kita ni prihatin n alert pada sesuatu perkara yang wujud di hadapan kita. Cuba anda bayangkan jika dalam kehidupan kita ni..langsung takda puji-pujian yang kedengaran. Pastinya, hidup kita hambar, tak menarik..tak bersemangat..sebabnya apa sahaja yang kita lakukan sama jak rasanya..takda pun yang kata bagus or no bagus..takda pun yang kata, kau buat ini n itu menarik..cantik..hebat!!naa.. confirm anda no feeling pun nak buat sesuatu perkara tu kan ?? Yalah, macam tak dihargai ja…
Berpada-pada memberi pujian yang saya maksudkan adalah sesama makhluk sahaja..tapi, kepada Tuhan yakni Allah SWT..jangan pula kita fikir nak berpada-pada juga! Kita mesti puji Allah setinggi-tingginya..kita perlu puji dan puja Allah lebih dari yang lain…sebabnya Allah memang sangat layak menerima pujian dan Allah suka menerima pujian dari hambanya..segala pujian hanya bagi Allah..Berzikir itu salah satu cara kita memuji Allah..siang malam kita mesti sentiasa memuji Allah SWT..ok!
Imam Al-Ghazali, salah seorang ulama terkenal yang bermazhab Syafie' telah pun menggariskan 6 keburukan pujian..Empat bahaya bagi yang memuji dan dua bahaya bagi yang dipuji. Adapun bahaya bagi yang memuji iaitu:
1.Berlebih-lebihan dalam memuji sehingga mengatakan sesuatu yang tidak ada, iaitu dengan melakukan pembohongan.
2.Orang yang memuji kadangkala menampakkan rasa senang secara lahir padahal dalam hatinya tidak, sehingga dia menjadi munafik, natijah bersikap kepura-puraaan..
3.Mengatakan sesuatu yang tidak ada kenyataannya sehingga dia membicarakan dengan kenyataan kosong, misalnya dia mengatakan bahawa orang yang dipuji itu adil, wara' dan sebagainya, sedangkan realitinya tidak...
4.Pujian yang diberikan berjaya membuatkan orang yang dipuji berasa senang, padahal orang itu adalah orang zalim, sehingga dia semakin zalim kerana pujian itu..bahayanya!! nauzubillahi..
Adapun bahaya bagi orang yang dipuji, iaitu :
1.Pujian boleh menimbulkan kesombongan atau kebanggaan pada diri yang dipuji, sedangkan kesombongan dan kebanggaan akan membinasakan diri sendiri...
2.Orang yang dipuji akan merasa senang dengan pujian itu sehingga dia berhenti beramal, kerana merasa sudah cukup baik dan puas dengan apa yang ada pada dirinya.
Hendaklah kembalikan pujian tersebut kepada Allah, dan menyatakan cela diri, lemahnya diri dan semua itu adalah daripada Allah jua. Sebagai contoh, "Allahu akbar, Alhamdulillah, ini semua pemberian Allah swt, tidak ada kekuatan/kelebihan sedikitpun pada diri ini melainkan semuanya milik Allah" lalu berdoa kpd Allah di dalam hati, agar Allah memelihara diri daripada kemurkaanNya.
Tetapi berbeza, apabila kita memuji orang-orang alim, sholeh dan tawadhu’ dan kita yakin pujian tersebut tidak akan menimbulkan riya dan kesan negatif lainnya, baik bagi yang memuji atau yang dipuji maka pujian itu diperbolehkan bahkan menjadi sunnah...
Sebagaimana Hadith riwayat shahih berikut :
Hassan bin Tsabit RA membaca syair di Masjid Nabawi, kemudian dia ditegur oleh Sayyidina Umar RA, lalu Hassan berkata : “aku sudah baca syair ini di sini dihadapan orang yang lebih mulia dari engkau wahai Umar (iaitu Nabi SAW), lalu Hassan berpaling pada Abu Hurairah RA dan berkata : “bukankah engkau telah dengar Rasulullah SAW menjawab syairku dengan doa : wahai Allah bantulah ia dengan ruhulqudus?, maka Abu Hurairah ra berkata :“betul” (shahih Bukhari hadits no.3040, Shahih Muslim hadits no.2485)
Sabda Nabi Muhammad SAW,
'Seandainya iman Abu Bakar ditimbang dengan iman seluruh alam, nescaya iman Abu Bakar lebih unggul'..'Seandainya aku tidak diutus tentu engkau yang diutus, wahai Umar'..
Dalam pelbagai kesempatan Nabi Muhammad SAW memuji para sahabat, kerana Baginda Sayyidina Rasulullah SAW tahu bahawa pujian tersebut akan menambahkan semangat kepada diri mereka (Radhiyallahuanhum) dan tidak menimbulkan kebanggaan..
So, bagi orang yang dipuji tu haruslah merenungkan tentang bahaya riya’ yang sangat sulit yang akan terkesan serta bahaya amal perbuatan. Hendaklah ia ingat keburukan batin yang ada pada dirinya, terutama yang ada pada fikiran dan kata hatinya yang andai kata diketahui oleh orang yang memujinya, nescaya dia tidak akan memujinya. Sikap ketidaksukaan harus ditampakkan dan juga didalam hatinya bahawa dia kurang suka dipuji..
Terdapat sebuah doa yang dibaca oleh sahabat Nabi SAW , Saidina Ali RA, jika dipuji, dia akan mengatakan: :
'Ya Allah,ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui dan jangan hukum aku atas apa yang mereka katakan dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan kepadaku'.
Maka jelaslah bahawa memuji dilarang jika kita tidak tahu orang yang dipuji atau kita tahu bahawa orang yang dipuji itu adalah orang zalim namun kita tetap memujinya. Sebaliknya, jika kita faham orang yang dipuji tidak akan bangga diri kerana kealimannya, boleh-boleh sahaja kita memujinya bahkan mampu pula menjadi sunnah yang dapat diganjarkan pahala oleh Allah SWT...
semoga Allah mengampunkan lisan yang tersasar dan memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang menginginkan kebaikan dunia dan akhirat, insya'Allah amin.
p/s: Segala yang benar dari Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar..yang salah tu tentunya dari saya yang tak tau berfikir ni akibat dosa2 lampau.huhu .>_<
Sumber: motivasi pagi dan blog Ustaz Ikhram Al-mukminun.
5 comments
nazihah, bagus entry ni..nak share kt fb ea..tq :)
ReplyDelete(eheh..anggap dh dpt kbenaran la ea :))
pujian..alhamdulillah..
ReplyDelete1 yg ana dapat pegang, usah dipuji kezaliman/kemaksiatan..takut pujian kita sbg pendorong mereka..kan2?
pujian utk motivasi xpa kan..?hee
~bgus akak!^_^
to syukri= tafadhol..memang untuk dikongsi bersama..:)...>_<
ReplyDeleteto ukht Amalin= na'am diq..lebih senang nak cakap sini..-puji yang benar sahaja n ilkhlas..pujian untuk motivasi memang digalakkan..wallahua'lam hehe ^_^ syukran ya adiq..
ReplyDeleteandai mereka adalah jodoh, pasti mereka akan bertemu kembali kan. ^_^
ReplyDeletenice entry ..