Alhamdulillah!! I

9:01 AM

Assalamualaikum, Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT, segala nikmat yang diperolehi adalah daripada-Nya yang maha pemberi Rezeki. Hari ni juz nak kongsi kegembiraan di hati,takut pun ada huhu..Alhamdulillah kemarin 22/4 check untuk panggilan ujian MEDSI, time excited nak check, line pula yang bikin serabut..sabar ja hati..sms kawan, kawan pula tawarkan diri nak tolong check, (thanks for ur helping Aza Norhidayah syg kamu! hehe), Alhamdulillah! hanya mampu diucapkan bila terima berita dapat menduduki ujian tu^^30/4 ni tp,tak tahu nak bersedia apa untuk menduduki ujian ni, kawan cakap tak perlu apa pun persediaan, juz be ur self..ok2 huhu, 300 dalam sejam..abislah...harap2 ada harapanlah..kalau ada yang tahu berkenaan ni,bolehlah kongsi skit kat saya ya..^^ bercampur baur perasaan sekarang ni! 

 (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.  (al-Ra`d:28)
Ringkasnya, “zikrullah” bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja. Boleh dikatakan, kebanyakan manusia yang mengalami tekanan jiwa atau  sakit jiwa  disebabkan  hubungan mereka dengan Allah SWT  amat  jauh. Oleh kerana itu umat Islam jarang sekali yang  menghadapi tekanan  jiwa,  sebagaimana yang  berlaku kepada umat manusia moden hari ini,  kecuali gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam.  Allah SWT berfirman maksudnya: Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Ibnu Abbas mengatakan kalimah “sakinah” dalam al-Quran ditafsirkan dengan “tama’ninah”  (ketenangan ). Tabiat atau  fitrah  jiwa manusia akan merasai ketenangan:
  • Ketika ia bergantung dan berhubung dengan kuasa yang Maha Agung Allah SWT.
  • Ketika ia mengetahui kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
  • Ketika ia meyakini ia akan  kembali selepas kematian  bertemu dengan Penciptanya
  • Ketika ia meyakini kerugian  mengikut  kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
  • Ketika ia mengetahui Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan  bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.
Allah SWT berfirman:


Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)

(Sumber)

P/s : moga Allah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya ini. amiin

You Might Also Like

4 comments

  1. Bittaufiq wannajah..
    Moga Allah kurniakan ketenangan dan dibuka hijab yang menghalang kejayaan..InsyaAllah,ramuan usaha,doa dan tawakal pasti membuahkan kejayaan..

    ReplyDelete
  2. Alfu mabruk alaik! ^_^
    Insya-Allah, semuanya yang terbaik kak! ^_^
    kamu boleh lakukan ini, aku percaya sama kamu akak! I believe in you!
    betul macam kata adik Wafi, usaha, doa dan dan tawakal, insya-Allah, semuanya baik2! ^_^ syg akak!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    tahniah ye akak,
    insyaAllah, moga d permudahkan oleh Allah,
    good luck :)
    bittaufiq wanajjah n_n

    ReplyDelete