memaafkan atau tidak

11:06 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Assalamualaikum, bermaaf-maafan adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud :“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda. Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?” Allah berfirman maksudnya: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh. Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

ya,memang kita berhak nak memaafkan atau tidak. Apatah lagi jika maaf itu berpunca daripada kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati. Sesetengah orang ada yang tidak mudah hendak berkata "Sama-samalah kita" setelah orang itu meminta maaf,ada pula yang mudah untuk berkata sedemikian, tetapi dalam hati terdetik kata-kata yang kurang menyenangkan mungkin juga masih ada benci! huhu

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat? Di sana orang yang bersalah terpaksa memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang pernah dizaliminya. Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka. Begitu besar implikasi 'MAAF'. Sekali lagi,sama ada bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.

Kemaafan dalam Islam 

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat. Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

-Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

-Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

-Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

Renung satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w

Suatu hari, tatkala melihat Rasulullah s.a.w tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya. Jawab Rasulullah s.a.w, "ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, "Ya Allah,berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu." 

Berfirman Allah SWT, "berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!"

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, "Ya Allah,wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan pada orang ini."

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, "Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya." Tatkala ini kelihatan  Rasulullah s.a.w mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, "kemudian Allah swt berfirman kepada orang yang menuntut itu, "Angkatkanlah kepalamu dan lihatlah Syurga."

Apabila dilihat si penuntut itu syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan perak, bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, "Apakah itu semua untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?"

Maka dijawab oleh Allah SWT, "Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!"

Maka kata si penuntut itu, "Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?" 

Dijawab oleh Allah SWT, "engkau pun dapat membayarnya iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu"

Maka kata si penuntut itu, "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"

Firman Allah SWT, "Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam syurga itu."

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, "Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.

Allah telah berfirman:
عَسَى اللَّهُ أَن يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُم مِّنْهُم مَّوَدَّةً
“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang.” (al-Mumtahinah: 7)


p/s: Kita adalah manusia biasa, Kita tidak sunyi daripada salah dan silap, kita manusia ada bermacam-macam kelemahan dan kekurangan. Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberi peluang untuk hamba-hambaNYA memohon ampun dan maaf. tegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat..muhasabah diri bersama, perkongsian ini hasil pembacaan hamba Allah yang ingin keredhaan-Nya. maafkan saya 


You Might Also Like

8 comments

  1. yup,ana pernah merasai beratnya utk memaafkan..sakitnya kita rasai..alhamdulillah,tarbiyah dan janjiNYa membuatkan kita lbh mudah menuturkan n menerima kemaafan..

    indahnya jika hidup sentiasa dlm tarbiyah..damainya terasa..i.Allah..syukran ukht atas perkongsian^^

    ReplyDelete
  2. Dulu susah juga bab nak memaafkan orang lain ni.. Tapi alhamdulillah,sekarang tidaklah terlalu berdendam sangat..

    Syukran kak utk prekongsian ni..

    ReplyDelete
  3. @ukht amalin dan ibnbakr=afwan diq, akak pun sama jg,dulu rasa berat skit nak memaafkan org yg sakitkan hati kita..hati sakit biar Allah saja tahu..kita selalu jaga ati org lain tp,mrk pula lain..astaghfirullahala'zim..rasa bersalah pula..huhu
    alhamdulillah atas tarbiyyah dr Allah rasanya kian mudah skrg..doakan yg terbaik bt mrk ^^ syukran sudi bc n komen ^^

    ReplyDelete
  4. Kisah yang sangat indah. Dan benar, pekerti yang indah itulah yang tandus dalam masyarakat kini. Moga ia wujud di balik2 kepayahan kita membangkitkan kembali kehidupan beragama

    ReplyDelete
  5. 'maaf' satu ungkapan yg selalunya dpandang enteng masyarakat kini, nmun ia mmbwa 1001 makna kpd pndengar, dgnnya mmbwa brjuta mkna dlm khidupn brukhuwah..~ (^_^)

    ReplyDelete
  6. antara perkataan yg manusia susah nk sebut ialah

    maaf dan terima kasih!

    :)

    ReplyDelete
  7. Forgive and forget is two different things. It's very hard to forget significant things that happen in our life. In cases that involve bad experience with other people, the experience will stay but let it stay indiffently; free from anger. That's the spirit of forgiving.

    (=

    ReplyDelete
  8. org yg x kenal erti maaf, xpandai untuk meminta maaf bila buat salah dan x rela memberi maaf adalah org yg ego..
    moga2 kita dijauhkan drpd sifat syaitan itu..Ameen

    ada 4 golongan,
    1) org buat baik, dia balas jahat
    2) org buat baik, dia balas baik
    3) org buat jahat, dia balas jahat
    4) org buat jahat, dia balas baik

    golongan yg keempat adalah sebaik2 golongan ^_^

    ~biar org memberi kita tuba tapi kita balaslah dgn susu~

    ReplyDelete