Perasaan ibu tersinggung

4:57 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Sayangi Ibu kamu :]
Selain syirik kepada Allah Taala, dosa yang boleh mengheret manusia ke lohong api neraka ialah menderhakai kedua ibu dan bapa. Allah telah berfirman yang membawa maksud:

"Dan rendahkanlah dirimu kepada mereka berdua(ibu dan bapa)dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ,"Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." (surah al-Isra':24)

Sejarah

Pada zaman Rasulullah SAW, terjadi suatu peristiwa yang menyayat hati ke atas seorang sahabat Rasulullah yang bernama al-Qamah. Al-Qamah, seorang sahabat yang kuat beribadah dan suka dan suka ke masjid. Tetapi, sesuatu yang pelik telah berlaku sewaktu beliau mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu tidak boleh melafazkan kalimah syahadah. Lalu, para sahabat memberitahu kepada baginda Rasul akan hal tersebut dan baginda terus ke rumah al-Qamah. Sejurus sampai di rumah al-Qamah, Rasulullah bertanya, "Adakah al-Qamah masih mempunyai ibu?" Setelah diselidiki ternyata ibu al-Qamah masih hidup yang tinggal di pedalaman kampung. Lalu Rasulullah mengarahkan dua orang menjemput ibunya. Pada mulanya, ibunya tidak mahu menjenguk al-Qamahyang sedang nazak, tetapi setelah mendengar arahan Rasulullah, ibunya pergi juga walaupun hatinya tidak merelakan. Sesampai di sisi al-Qamah, ibunya menarik muka masam, malah ia tidak mahu mengaku al-Qamah itu anaknya kerana pernah menghiris hatinya dengan melebihkan isterinya daripada ibunya sendiri. Rasulullah meminta ibunya mengampunkan segala kesilapan al-Qamah tetapi, ibunya tetap menolak. Rasulullah lalu mengambil langkah psikologi iaitu menyuruh sahabat mencari kayu api untuk membakar al-Qamah. Mendengar arahan Rasulullah itu, tersentuh naluri hati seorang ibu yang sebenarnya masih menyayangi anaknya itu. Setelah kalimah "Aku maafkan kamu" keluar dari bibir ibunya, dengan serta-merta al-Qamah lancar mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya..T_T


You Might Also Like

3 comments

  1. jom jadi anak yg terbaik!i.Allah2 ^^

    ReplyDelete
  2. sedih.... ='((
    seorg Ibu kalau terasa hati dgn anak, hanya mkn hati dlm diri senyap2..
    tapi anak kalau x puas hati dgn Ibu, memberontak, menunjuk perasaan..

    moga kita dijauhkan drpd menjadi Tanggang Moden...Ameen...

    seorg Ibu bisa menjaga 10 org anak namun 10 org anak belum tentu bisa menjaga seorg Ibu...


    p/s: akak, rindu sgt dgn akak..rindu.. =((
    mcm mana Medsi akak, ok kan?

    ReplyDelete