Sentuhan Qalbu 1

8:46 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Tersentuh Qalbi

Assalamualaikum Ya sahabat sekalian. Moga2 sihat sejahtera dengan rahmat Allah semuanya. Apa pun nikmat yang kamu dan orang lain perolehi..semuanya dari Allah, maka bersyukurlah, apa pun musibah yang kamu, dan orang lain terpaksa tempuhi, juga semuanya tarbiyyah dari Allah, maka bersabarlah, kelak kamu perolehi kebahagiaan! :)
“BiLa kItA TaK pUnYa sEbUaH PeRaHu yAnG kUkUh, KiTa aKaN HaNyuT!
Tidak ada salahnya kita belajar di tempat yang tinggi, tempat yang bagus, sekolah yang tinggi..kita dapatkan ilmu, kita belajar tentang geografi, kita belajar tentang biologi...tidak ada salahnya juga  kita membina sebuah kapal yang bagus dan cantik, tidak ada salahnya kapal itu dilengkapi alat-alat yang canggih, tapi sebagus apa pun kapal yang kita buat, seelok apa pun tubuh dan kecerdasan intelektual yang kita miliki, tapi tanpa sauh, tanpa tauhid yang masuk ke dalam hati, maka kapal itu boleh jadi tenggelam dilanggar atau terlanggar karang atau boleh jadi kapal itu kemudian melanggar kapal yang ada di sekitarnya dan kemudian merosak atau walaupun kemudian menjadi cerdas intelektualnya tapi, mungkin membawa keburukan bagi alam sekitarnya.

Semoga apa yang kita dapatkan ini berkekalan, Allah jaga didalam hati kita dan kemudian kelak ketika kita tua, kita boleh berbangga dengan masa remaja yang cemerlang !   
                  
Sebenarnya begitulah keindahan yang harus kita rasakan dalam kehidupan ini, itulah kehidupan yang sangat indah sekali, apabila kita merasai bahawa kehidupan kita ini mempunyai Tuhan dan bersyukurlah kita kepada Allah SWT, kerana Allah telah membuka rasa didalam hati, bahawa kesedaran itu bakal membawa kita kepada perubahan kehidupan kita..istiqamah sehingga ke akhir hayat kita nanti..! Kapal belayar usah dilabuhkan sauh ! 

sumber: halaqah sentuhan qalbu 

You Might Also Like

4 comments

  1. na'am na'am my dear...^_^

    ReplyDelete
  2. sekeliling kita penuh tarbiyah,
    sekeliling kita penuh kasih dan cinta,
    begitu bahagianya hidup, bersulamkan keutuhan pd agama.. :)

    ReplyDelete