Lelaki itu siapa?
4:54 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Lelaki itu adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah
Lelaki itu adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Lelaki itu adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang
Lelaki itu adalah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki itu sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki itu tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki itu sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki itu adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dialah lelaki itu
p/s: Hati nak jerit!! lamanya lagi nak masuk U, cepatlah tak sabar ni!! sabar...kata iman ^^
11 comments
Allahuakbar!
ReplyDeletesungguh indah jika dunia d huni oleh lelaki soleh serta wanita solehah..
p/s : x sabar mlangkah ke ipt..sama la ana pun..hehehhe
Salam...
ReplyDeleteYa, itulah lelaki sebenarnya! hehehe
@Nadia Alzahra= na'am,sungguh indah ^_^sama-samalah kita Berusaha lah menjadi sempurna di pandangan ALLAH
ReplyDelete~~aah,xsabar huhu insyaAllah
@TheIslamicThinker*teacher wani* hik3
yang sebenarnya memang itulah lelaki hehehe
Ilahi...tiada lafaz terucapkan..mampukah aku? Ilahi.. anta maqsudi..waridhaaka matlubi...
ReplyDelete@moonStone7071=tiada kejayaan tanpa usaha,Istiqomahkan dan tanamkan Rasa Cinta kepada Nya,insyaAllah=)
ReplyDeletesuka2 (Jiha, ni boleh Rabiatul jadikan panduan untuk mencari..ehehhe, gatal teh ^_^)
ReplyDeleteapa yang ada pada lelaki itu, kita jadikan ada pada diri ini, Insya-Allah..sama2 ye kita ^_^
p/s: Jiha belajar dkt U mana, ambik kos apa
suka3 juga..^_^(boleh bah kalau kau heheee)na'am,setuju dgn pdpt tu insyaAllah,sama2 kita ^.^
ReplyDelete*huhu,blum msuk U lg..bdak lpsn sijil tinggi pljrn malysia atau dikenali sebagai STPM..hehee
doakan dpt twrn ya ^_^
"boleh bah kalau kau dpt"
ReplyDeleteoo..ckp mcm ni ye?
nak belajar, nak belajar! ^_^
bah maksudnya apa. kalau nak panggil 'awak' ckp 'kau' ye?
dekat mana2 sama je..
marilah masuk UIA! ^_^
perkataan 'bah' itu, sy pun nda tau mksudnya apa...hehee ambil drpd singkatan perkataan sa-bah- kali..
ReplyDeleteyap, 'awak' tukar jd 'kau'
'tak' tukar jd 'nda'..begitulah sabah hehe..
wahh UIA mmg U impian sy sejak dulu!.time spm berabis dah kononya nak msuk uia huhu takda rezeki,kaki mlngkah msuk pra-u..tak tau napa kuat rs hati nak g pra-u,w/pn org kata susah..alhamdulillah result baik jg..
insyaAllah kalo ada rezeki msuk situ..alhamdulillah syukur sgt2..^^
ble jumpa Rabiatul! ^^
oo..gitu ya bah...dulu saya nda tahu..skrg udah tahu..heheee~ ^_^
ReplyDeleteye ke? ^_^ wah!
skrg rezeki dkt pra-U dulu, nanti Insya-Allah UIA pula, Ameen!
kalau UIA ni ada 2..
kalau kos BA, BI, ilmu wahyu, ekonomi, sains kemanusiaan ni dkt UIA Nilai...dan UIA Nilai akan ke UIA Gombak utk degree..
kalau kos bkaitan sains, medik, engineering, architecture, law, dkt UIA Petaling Jaya..dan kemudian degree dkt UIA Kuantan..cuma 3 kos, engine, archi dan law pergi Gombak..
Jiha suka kos apa?
lps pra-U, Jiha kene mohon yg lain ke lps ni
terbaik,,,proud to be muslim,,
ReplyDelete