kerana tudung, ini pertemuan terakhir

9:34 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

..Pertemuan ini pertemuan terakhir..


Di suatu petang yang indah agaknya. Nur bersendirian ditaman berdekatan perumahan rumahnya, selalunya pada waktu cuti pertengahan semester Nur akan pulang ke Sandakan, walaupun hanya seminggu namun dia bersyukur dapat pulang ke rumah melihat ibu dan ayah bagi melepaskan rindu, maklumlah Nur seorang anak yang manja. selain daripada dia menghabiskan masa dengan membuat assignment, Nur juga lebih suka menghabiskan masa dengan membantu ibunya dan menghafaz Al-Qura’n serta hadis .dan pada waktu petang dia lebih gemar membaca buku di taman …

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”

“hai, Urmm..mengganggukah?”

“tak lah tapi, maaf saya tak kenal awak..”

“ya..saya tahu, sebab tu saya nak kenal dengan awak. actually kemarin saya nampak awak baca buku kat sini juga, baru hari ni saya berkesempatan nak tegur awak. oh ya..nama saya Ikmal..awak??..”

Nur seperti teragak-agak hendak menyatakan namanya, dia seperti mahu sahaja pergi dari situ tetapi dia takut jika dikatakan kurang sopan dan sombong pula..

“emm..nama saya Nur Iman..saya memang suka datang kat taman ni..lebih-lebih lagi waktu petang begini..best rasanya baca buku kat sini..awak selalu ke kat sini?? ”

Ikmal tersenyum

“cantik nama awak..macam orangnya..(masih tersenyum) em..waktu petang begini saya memang suka jalan-jalan kat taman ni, yalah..nak lepaskan tension kat kepala ni..sambil tu tengok-tengok bunga-bunga kat taman ni..cantik-cantik..kan??

Ikmal masih tersenyum nakal, wajah pemuda yang tampan itu sedikit membuatkan hati Nur berdebar-debar..Nur menundukkan wajahnya demi menjaga pandangan matanya..Nur teringat akan firman Allah SWT:

Dalam surah an-Nuur ayat 30, "Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'."Pada ayat 31 surah yang sama, Allah SWT pun memerintahkan hal yang sama kepada kaum wanita, yakni menahan pandangan dan menjaga kemaluannya

Nur segera beristighfar dalam hatinya. Lamunan Nur terhenti apabila ikmal menegurnya sekali lagi.

“awak termenung apa tu??...hehe…”

“eh, takda apa..”

“awak student lagikah atau dah kerja?”

"Student lagi di UMS..tengah cuti seminggu..”

“UMS!! Biar betul..Saya pun UMS..tapi, tak pernah nampak awak pun..awak ambil kos apa erk??..”

“..ya kah..erm, terlepas pandang kot, UMS tu kan besar..Pendidikan Sains Sosial..”

Nur sebenarnya malas hendak berbual dengan lelaki itu, lebih-lebih lagi mereka hanya berdua di kawasan itu..takut2 jadi fitnah pula..baru sahaja Nur ingin berdiri dan pergi....Ikmal bersuara..

“..Sains Sosial!! ahh..saya fikir awak ambil jurusan agama..nampak mcm ustazah..bertudung labuh pula tu…hehe..” Ikmal ketawa kecil.

Nur tidak senang dengan kata-kata Ikmal tersebut..Nur tahu soalan-soalan sebegitu selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh…Asal tudung labuh saja mesti mereka fikir ustazah, bila pakai tudung labuh saja orang ingat pelajar jurusan agama

“apa salahnya saya bertudung labuh dan ambil course Sains Sosial? salahkah? Lagipun Allah telah berfirman maksudnya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31) tak jelas lagikah..

“..emm, maaf...saya tak bermaksud pun nak mempersoalkan tentang itu Nur…Cuma rasanya ramai perempuan zaman sekarang susah nak bertudung labuh, adapun yang berjurusan agama Islam sahaja..yang kos macam awak ni selalunya tudung biasa-biasa saja, jarang saya tengok bertudung labuh dan besar, lagipun sama saja rasanya..yang penting tutup auratkan, buat apa nak bertudung labuh...”

“saudara Ikmal, saya bertudung labuh kerana keinginan saya sendiri, memang dahulunya saya juga pemakai tudung biasa..yalah, saya wanita biasa juga dan bukannya budak sekolah agama..bukan juga anak ustaz..tapi, keinginan saya dalam pemakaian tudung labuh amat kuat..mungkin itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat.. hidayah dari Allah untuk saya hambanya yang inginkan perubahan….”

Nur meneruskan bicaranya..Ikmal nampak bersahaja mendengarnya…

“saudara Ikmal, kan lebih baik kita berubah secara perlahan ke arah kebaikan..daripada kita sekadar berpura-pura untuk berubah…saya bertudung labuh ikhlas kerana Allah..bukannya nak tunjuk-tunjuk kat orang yang kononnya saya ini alim, solehah dan baik serta banyak ilmu tentang agama..tidak! tidak sama sekali!!

Nur teruskan lagi dengan penuh yakin..sesekali Nur memandang Ikmal yang setia mendengar..dan menaik spek matanya yang agak-agak nak terturun itu..

“..Ikmal, setuju tak kalau saya kata kan yang tudung labuh dapat mendidik lebih baik kepada si pemakainya??"

Ikmal sedikit terkejut kerana Nur secara tiba-tiba menyoalnya..

“urmm…setuju (sambil tersenyum) sebabnya, bila tengok wanita yang bertudung labuh..sejuk je mata memandang..nampak baik je kelakuannya..”

Nur hanya menundukkan pandangannya sedikit..dan menganggukkan kepala..

“..benar Ikmal..bukan itu sahaj, bila wanita bertudung labuh, dia akan lebih menjaga akhlaknya..tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata dari memandang lelaki yang bukan muhrim, lindungi lidah dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia lindungi tangan-tangan dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu , lindungi hati dari sesuatu selain Allah SWT, ..maka tudung yang labuh itu akan menyinari hati si pemakainya

saudara Ikmal, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT, tudung itulah perlindungan untuk wanita.

tapi, tiada manusia yang sempurna..mungkin ada segelintir yang tersasar..tak juga saya maksudkan hanya yang bertudung labuh mampu menjadi lebih baik..yang bertudung biasa juga mungkin lebih baik daripada bertudung labuh..Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, Tapi, tak salahkan sekiranya kita ingin memilih yang lebih baik iaitu dengan memakai tudung labuh? lagipun saya selalu ingatkan diri saya..jangan anggap saya bertudung labuh adalah lebih baik tapi sebenarnya saya sedang berusaha untuk menuju ke arah menjadi yang lebih baik..dengan berpakaian mengikut syariat..dan melatih diri saya menjadi istiqamah setiap hari…namun semuanya harus dilakukan kerana Allah bukan kerana inginkan pujian dari manusia”

“wahh..sesungguhnya hakikat bertudung labuh itu sangat banyak manfaatnya buat kaum hawa..Nur.. boleh tak awak bimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik..”

“..saudara Ikmal…awak tahukan beza antara kita…saya perempuan awak lelaki…kan lebih baik awak dibimbing dengan lelaki juga..Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah…kat U tu kan banyak ustaz-ustaz yang dapat membimbing awak..yang penting niat awak ikhlas untuk berubah.. Bukan saya kedekut ilmu..setakat yang ada saya boleh share dengan awak…bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu agama saya tinggi…saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin, kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang dengan membawa ia keluar dari bulatan kejahilan..cahaya ilmu itu penunjuk jalan.Apatah lagi ilmu yang diamalkan dan dikongsi bersama pasti akan bertambah insya Allah, pasti terpancar nur dari dalam hati…saya juga masih dibimbing, dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang…saya cuba jadi yang terbaik dan sedaya upaya mengamalkannya kerana Allah semata-mata.

“alhamdulillah, banyak ilmu yang saya perolehi dari awak Nur..Insya Allah saya juga akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik..dan menjadi ikhwan yang soleh..syukran Nur..” sambil tersenyum manis..

“..Insya Allah sama-sama kita doakan,..” Nur melihat jam di tangannya…

“….astaghfirullahala’zim..dah lewat ini..tak sedar pula..maaf Ikmal saya perlu balik…tak elok kita lama-lama kat sini…”

“yalah..dah lewat..baiklah..syukran sekali lagi Nur..erm..rasanya perkenalan kita takkan terhenti setakat disini sahaja..boleh saya minta no fon awak??..

Nur telah menduga perkara itu akan berlaku..“..maaf ya Ikmal, saya tak dapat bagi.. pertemuan singkat kita ini mungkin aturan Tuhan yang hendak menyedarkan antara diri saya dan awak…dan rasanya tak boleh lebih dari itu…jika Allah telah aturkan sebegitu.maka begitulah… harap awak faham..”

Agak terserlah kehampaan pada rona wajah Ikmal “..saya faham..tak apa..mungkin benar kata Nur itu..” Ikmal menganggukkan kepalanya dan Mereka berdua tersenyum…

“..saya pergi dahulu..sentiasa ingat Allah pada setiap langkah mu…Assalamualaikum…”

“insya Allah..Waalaikumsalam…”

Ikmal melihat Nur beredar dari taman itu..sehingga tidak kelihatan..Pertemuan ini pertemuan terakhir..

p/s: segala yang benar dan baik datangnya dari Allah..yang silap dan salah itu sememang dari hambanya ini yang mohon ampun wa redha dari Nya., kalau ada yang terasa hati..jangan marah erk.

You Might Also Like

10 comments

  1. alhamdulilah..dapat baca entry mcmni pagi2..tqvm.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tqvm sudi baca...^_^

    ReplyDelete
  3. Tudung labuh ditakrif ustazah,kopiah difikirkan ustaz..

    Padahal itu syariah dan sunnah..

    Seronok baca cerpen pg2 camni..

    ReplyDelete
  4. to ibnbakr= benar ya akh..alhamdulillah syukran sudi singgah n bc cerpen tu...^_^

    ReplyDelete
  5. i support you! :)

    memakai tudung labuh mmg boleh mendidik si pemakai!

    biler pakai tudung labuh?
    si pemakai akn

    malu nk masuk pusat karoke!

    malu untuk melakukan zina!

    menjadi lebih sopan!

    dan laen2

    hux3


    nice cerpen! :P

    ReplyDelete
  6. Pakaian jugak kadang2 blh membuatkan seseorang itu untuk berfikir berkali untk bt jahat...=)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, suka cerpen ni bah..

    bertudunglah menepati piawaian Allah, apa yg Allah suruh tu pasti ada hikmahnya, ikutlah, yakinlah, kan Jiha? ^_^

    Jiha umur brp ye? rasanya adik ni nampak gaya dari blog, hehe, akak 19? betul tak kita kakak adik? ke sama umur? atau pun 'akak' ni muda? hehe ^_^

    ReplyDelete
  8. sy pun suka bah..hik3
    tepat sekali kak! bertudung krn Allah,tak susah pun..^_^
    wahh..pandai akak meneka hehe mmg 19 thun..^_^ bdk lpsn stp bah ni..huhu

    ReplyDelete
  9. taaruf la kjp sini, hehe ^_^
    Nama, Rabiatul Fatimah Azzahra bt Rashid...kwn2 panggil b2 (bitu), kalau Jiha nak panggil b2 boleh, nak panggil Rabiatul pun boleh ^_^

    umur 19, skrg belajar dkt UIA ambik bidang Bahasa Arab (haha, sama ye rupanya kita *tutup muka* baiklah..blog ni riang2 matang, sbb tu muda bukan, lebih tua pun bukan, sama~ ^_^)

    gembira kenal budak Sabah! nanti boleh lah ajar budak Trgn ni ckp Sabah~ boleh ye bah..^_^

    *ambik link Jiha ltk dkt blog ye, syukran~*

    ReplyDelete
  10. entri yg baik..terima kasih ats sgala apa yg dikongsikan..^^,teruskan berkarya..

    ReplyDelete