~Assalamualaikum~
Segelintir umat islam suka habis-habisan dalam berbelanja apatah lagi sempena menyambut majlis-majlis tertentu. Macam sekarang ini, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tak lama lagi. Tentu ramai yang dah mula Shopping kan?. Namun berbelanjakan harta yang dimiliki bukanlah satu kesalahan dalam Islam tetapi mestilah pada perkara-perkara yang berfaedah dan bukan sia-sia. Tapi tu lah manusia, kalau ikut nafsu memang banyaklah barang yang kita nak kan?
Berbelanja atau membelanjakan harta mestilah mestilah mengikut ukuran yang ditentukan oleh syarak, antaranya mestilah membelanjakan harta itu pada jalan kebaikan dan kebajikan yang diredhai oleh Allah. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Hadiid ayat 7 yang bermaksud :
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikan-Nya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah) mereka tetap beroleh pahala yang besar.
Bijak menguruskan wang...
Sifat sederhana dalam pengurusan kewangan dan perbelanjaan harian adalah amat penting. Lebih-lebih lagi ketika mengadakan sesuatu upacara atau majlis atau ketika mendapat 'durian runtuh' sebagaimana yang telah disebutkan di atas itu. Ketika berbelanja dalam situasi demikian, kebanyakan dari kita mudah lupa diri, mudah lupa pada hari esok. Huhu dan mudah lupa pada keperluan-keperluan yang akan datang. Sedangkan Islam mahukan kita pandai dan bijaksana dalam mengatur perbelanjaan iaitu tidak boros, tidak membazir serta tidak juga kedekut dan bakhil. Kebijaksanaan dalam merancang perbelanjaan supaya tidak berlaku ketidakseimbangan dengan pendapatan juga perlu supaya sikap berbelanja itu akan lebih terarah dan mewujudkan sikap berjimat cermat.
Bersederhanalah..,
Sesungguhnya banyak faedah untuk individu, keluarga, masyarakat dan negara dari sifat bersederhana. biarlah setiap sen wang dibelanjakan bukan setakat memenuhi selera tetapi matlamat sebenarnya ialah mendapat berkat dan keredhaan Allah SWT. kan?
#SalamRamadan
#PrayForPosting
#JanganMembazirKetikaBerbukaPuasa






