Apa kata

12:27 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Apa kata hati,hanya Allah yang tahu 

Alhamdulillah, bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan dan sabar dengan segala ujian yang menguji keimanan dan ketakwaan kepada-Nya untuk kita lebih merasa dan mengenal erti diri ini seorang Hamba

Walaupun hanya 2 hari, perasaan sangat gembira dan bersyukur dapat membantu sahabat berniaga. Keinginan selama ini untuk meluangkan masa bersama dua orang sahabiah kesayangan ini, akhirnya dimakbulkan, thank you Allah! agak lama tidak bersua muka walaupun berada dikawasan perumahan yang sama, mungkin kerana masing2 sibuk dengan agenda tersendiri. 

Jauh dimata dekat dihati, perlawanan bola sepak anjuran 'PGA sandakan sempena hari Belia' yang menemukan kami 3 sahabat. Rasa kecewa juga sebenarnya, wakil PGA(Tuanrumah) team anapol(anak2 polis) tidak menjuarai perlawanan untuk tahun ini, tetapi usaha yang mereka tunjukkan amat baik sekali. Tahniah untuk mereka :) ehem, adik bermain mestilah akaknya sokong. Mungkin bukan rezeki team adik menang tahun ini. Apa sahaja yang kita lakukan perlu ada usaha selain daripada niat yang baik. InsyaAllah, Allah akan bantu. kan? (sekadar nak cerita )

Zikir Fikir adik ku sayang

la ilaha illallah muhammadur rasulullah

Ujian bagi Allah Maha Esa Maha Kuasa. Pencipta alam maya tiada Tuhan selain dia. Hanya dengan zikrullah hati kita akan tenang rasa kebesarannya bersyukur pada nikmatnya.

Zikir fikir subur dan sabar, itu sifat yang mulia, tiap saat tiap ketika dalam hidayahnya. Mari kawan kita amalkan, zikir doa kita panjatkan agar kita kan selamat dunia dan akhirat. Hanya dengan zikrullah hati kita akan tenang rasa kebesarannya bersyukur pada nikmatnya.

Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup.

ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Sambungan (Sini)
Kerendahan Hati

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hati,dengan kerendahan hati dan penuh rasa takut dengan suara yang rendah, di waktu siang maupun malam, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Al- Qur’an Surah Al-A’raf [7] : 205)


“Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.”
bersama muhasabah diri...

You Might Also Like

4 comments