Rasa Cinta

10:21 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Damainya Di rasa :)

Iklan tak perlu baca 

mak : bang, macam mana masakan si .jha?( bukan nama sebenar)

jha yang sedang asyik membasuh pinggan dan mangkuk, berharap perkataan 'begini' terdengar  pada telinganya, tetapi..kedengarannya...tiada harapan

bapa : bolehlah bah ni..

mak : ketawa kecil.

setengah jam kemudian

jha : mak, sudah makan?

mak : sudah.

jha : macam mana?

mak : belum pass!

jha : diam. 

ujian kereta, sekali ja terus pass, memasak? =_=' 

..............................................................................................................................................

Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila Anda terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah. Anda melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah, untuk meraih kasih sayangnya. Anda berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang Anda buat.

Wanita adalah golongan paling mudah mendapat pahala terutama jika wanita itu adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang anak kepada ibu dan bapanya. Jika Anda seorang wanita,Anda boleh menerapkan rasa cinta pada Allah ni dalam segenap aktiiviti harian Anda.

Bagaimana? Caranya, niatkan berbuat sesuatu kerana Allah. Apa saja yang Anda buat, niatkan kerana Allah, niatkan mahu berbuat kebaikan moga dengan kebaikan itu Allah mampu memberi perhatian kepada Anda lantas merahmati kehidupan Anda.

Elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.

Lebihkan peranan. Lebihkan memberi bakti, bukan mempersoalkan hak. Elak mempersoalkan apa yang sepatutnya Anda dapat.

Kenapa perlu elak? Sebab apabila Anda mempersoalkan hak, Anda akan diapi-apikan oleh ego. Ego adalah salah satu pendorong konflik rumahtangga kerana ego membangkitkan kemarahan.

The true love :)

Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.

You Might Also Like

22 comments

  1. hahahaha.... masak elok2...

    tgh cuti ni la kene amik suma skil2 tuh... dah kawen nnt mudah laaa

    ReplyDelete
  2. Apabila kita buat sesuatu bukan kerana Allah,hidup kita tak tenang sebab kita apa yang kita harapkan,kita tak dapat.thanx sharing =)

    ReplyDelete
  3. @shahjiehan=Terima kasih sudi ke sini memberi komen dan peringatan :)

    insyaAllah..akan diusahakan,sehebat yang boleh,w/pun agak payah sebenarnya hehe :)

    mak selalu pesan juga,nak kawen mesti ada ilmu-->ilmu memasak juga yg utama hehe

    ReplyDelete
  4. @semut api=terima kasih sudi komen di sini yaa ukht :)

    semuanya kerana Allah,tanamkan pada diri :)peringatan bersama :)

    ReplyDelete
  5. xda benda susah dalam dunia ni melainkan kita mganggapnya susah... xda pula bnda senang d dunia ni melainkan kita sentiasa berusaha untuk membuatnya senang...

    ReplyDelete
  6. @Adie shahrul=Terima kasih sudi komen disini,dihargai :)

    Alhamdulillah,bermakna kata2 itu,apa yang penting adalah usaha,yakin,doa dan tawakal pd Allah kerana Allah berkuasa atas segalanya :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt
    Dalam keadaan skrg, dimana sistem tidak banyak membantu penghidupan manusia. Hidup semakin lama semakin susah kerana kos hidup semakin tinggi dan semakin bertambah2 cukai yg wujud. Jadi kita terpaksa bekerjasama diantara suami-isteri utk hidup dn tidak boleh banyak `demand`. Surah AlBaqarah:232إِذَا تَرَٲضَوۡاْ بَيۡنَہُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۗ Apabila telah saling redha meredhai dengan cara palig baik.
    Apa yang paling penting, sama2 dapat mentadabbur AlQuran keran itulah matlamat hidup kita utk mencapai keredhaan Allah SWT. Surah AnNisa:82فَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ Apakah tidak mahu mentadabbur (mentadbir) isi Al-Quran?
    AlQuran ini mesti dipelajari mengikut istinbat huku Usul AlFikh supaya jelas sumber perundangan dan tiada perselisihan. Surah AnNisa:83وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ Dan jikalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan (istinbat) mengenainya di antara mereka`
    Dlm keadaan skrg juga, bukannya senang utk pelajari AlQuran dan Hadis jika tiada kerjasama diantara keluarga kerana banyak perkara dan halangan lain yang kita perlu lakukan. Namun utk mencari petunjuk Allah mesti diteruskan dan begitu juga dgn penghidupan sehinggalah tempohmasa ajal kita. Wallahualam

    ReplyDelete
  8. @Nazihah@Jiha
    segalanya bergantung pada kita.. kita dikurniakan otak tuk kita berfikir.. kita d berikan tubuh bdan tuk kita bergerak melakukan sesuatu..semua bergantung pada kita....

    ReplyDelete
  9. ya wanita memang mudah untuk masuk ke syurga.. mereka x perlu keluar berjuang seperti kaum lelaki.. tapi ramai juga yg lupa pd keistimewaan yg diberi pd mereka ni..

    ramai yg suka keluar :)

    eheh..xsedap jnji boleh mkn..xsmpai mbawa ke hospital.. kira ok la tu.. (sedapkan ati tuan blog :) )

    ReplyDelete
  10. seindah perhiasan adalah wanita solehah..

    ReplyDelete
  11. salam..

    jiha,practice make perfect..(^^,)
    inshaallah...
    banyakkan kumpul resepi,buat pelan-pelan..heheh

    ReplyDelete
  12. @tajnurWaalaikumsalam wbt ustazah :)

    MashaAllah,terima kasih sgt sudi membri komen wa peringatan kpd kami semua,semoga Allah merahmati :)

    ya,mmg Kenaikn harga brg dan perkhidmatan semakin hari semakin meruncing..kenaikan harga brg dan kos sara hidup ini tidak mungkin selesai krn punca masalah tidak dilihat dari sudut yang benar tetapi dikaji hanya berdasarkan kesan atau gejala shj.Ada saranan yg bakal membuatkan umat Islam menjadi semakin mundur apabila isu ini dipandang sebagai ujian, malah takdir yang tidak mampu diubah.

    "Kamu jangan membunuh anak-anak kamu kerana takut kelaparan. Kamilah Yang (menjamin) memberi rezeki mereka, juga rezeki kamu." [TMQ Al-Isra' (17) : 31]

    -->{Dlm keadaan skrg juga, bukannya senang utk pelajari AlQuran dan Hadis jika tiada kerjasama diantara keluarga kerana banyak perkara dan halangan lain yang kita perlu lakukan}-->ya,ustazah..keadaan yg ustazah pertengahkan ini..sy dpt merasaknnya dlm khidupan saat ini..wallahua'lam..tp,usaha itu pentingkan ustazah? :)pd masa yg sama kita tawakal pada-Nya,mohon dipertunjukkan jalan dan ketetapan iman,inshaAllah :)

    terima kasih sekali lg dari sy untuk komen itu :)

    Nazihah@Jiha

    ReplyDelete
  13. @Adie shahrul=Alhamdulillah,terima kasih Adie sudi membalas komen,pd masa yg sama memberi peringatan mungkin juga teguran bt diri sy dan yg lain :)

    utamanya disini adalah Akal,Allah pilih kita sebagai makhluknya yang berakal.Akal ini yg menggerakkan kita melakukan sesuatu,supaya kita dpt menggunakannya utk mengenali Allah. utk mengenali diri kita sendiri.utk memikirkan keagungan Allah dan kehebatan alam ciptaan-Nya.utk membezakan yang baik dan buruk, halal dan haram, benar dan salah dan sebagainya...

    ya,tidak dinafikan diri kita sndiri perlu berusaha menggunakan nikmat kurniaan dari-Nya dgn sebaik mungkin,tp..tidak slh utk sy nyatakan disini..pd msa yg sama,kita perlu doa dan tawakal serta yakin pada-Nya,supaya jln yg kita tempuh skrg mendpt redha dan ketetapan pada-Nya kerana Allah berkuasa atas segalanya didunia mahupun akhirat :)

    moga Allah terima usaha ini :)

    ReplyDelete
  14. @Syukri Kamaruddin=Terima kasih syukri sudi komen disini :)

    tidak dinafikan segelintir wanita muslim zmn skrg(remaja terutamanya) terlalu sosial.krn itu byk masalah berlaku dlm klgn mrk.

    tp, perlu difikir dr sudut lain bg wanita yg b'kerjaya.Prnn wanita dalam pembangunan dunia sekarang tidak boleh disangkal lg :)

    mohon doa dr semua, semoga wanita sedar akan diri mrk terlalu istimewa Allah jadikan utk mereka tidak rosakkan nikmat ini.

    ReplyDelete
  15. @umarmarwanTerima kasih yaa umar sudi komen disini :)

    RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

    semoga diri mampu membuktikannya,inshaAllah.

    ReplyDelete
  16. @Ain::Zai::TaTerima kasih yaa ukht Izzah sudi komen sini hehe :)

    Ya Rabb,malu benar dgn k.Izzah yg terer masak ni kan..hehe :)

    inshaAllah kak,mmg tgh practice ni,byk dah buku resepi yg dibeli,tersimpan rapi..hehe kak fhm jg mksudnya kn..hehe :)

    ReplyDelete
  17. Sucikan hati, ikhlaskan niat, beramal dengan kurniaanNYA demi mendapat keredhaanNYA...;)

    ReplyDelete
  18. yg ni pun dok tgh blaja msk sket2,hee..

    yup,nak ikhlas bukan mudah tapi sekurang-kurangnya kita cuba..

    ReplyDelete
  19. @qila~Terima kasih cik Qila sudi komen disini :)

    hehe,sama2lah kita blajar ye :)

    keihklasan itu tidak perlu kita zahirkan.Perbuatan,perlakuan dan pemikiran kita yg ikhlas sebenarnya merubah pandangan atau perspektif yg berbeza :)

    Peringatan bersama :)

    ReplyDelete
  20. macam orang yg banyak pengalaman hidup berumahtangga je bunyinye.. (",)

    ReplyDelete
  21. @fuad ansariTerima kasih sudi berkunjung dan komen disini :)

    ehem,dengar bunyinya..dugaan saudara ternyata meleset heh :)

    Dr pengalaman pembacaan, hidup berumahtangga itu 100 kali ganda(kalau dpt diukur dgn skala) hebat dugaannya..hehe :)

    ReplyDelete