Saya Suka!
10:33 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Kisah Benar di sebuah pasar, Sabah. anak dan mak menuju ke sebuah pasar dengan niat untuk membeli sayur dan ikan, anak daranya pula tetiba berkeinginan nak beli buah oren. Ikuti dialog dibawah ini :) (ayat skema tak?)
Dialog:
anak: Mak, mau beli buah oren bolehkah? =)
mak: aish, beli jak bah..mana yang ada menjual? sambil mata memandang ke sana sini...ah, tu nah ada jual..pergi beli cepat..tengok harga dulu ya.
anak: bah!
.:anak itu menuju ke kedai yang menjual buah tersebut, melihat buah oren yang berkenan dihati, sambil dilihat oleh gadis penjual oren tersebut:.
anak: hai miss, satu oren ni berapa harganya? =)
gadis penjual oren : satu, RM 2.00 =)
anak: oh..yang mana manis ya? =)
gadis penjual oren: semuanya manis masam .
anak: angguk kepala sambil senyum..dan cuba memilih buah oren yang berkenan
.:tetiba...
gadis penjual oren: emm, yang pakai tudung dan pakaian besar macam ini bah, perempuan bandar saja kah?
anak: err...tidaklah, memang pakaian wanita islam =)
gadis penjual oren: .tersenyum. saya selalu nampak budak perempuan yang pakai 'sarung merah', pakai tudung besar baju panjang, tutup semua tu.
anak: berfikir.'sarung merah?? oh..pelajar sekolah agama tu.. =)
gadis penjual oren: ya! =)
anak: kenapa? =)
gadis penjual oren: aku suka tengok dorang pakai begitu, tutup semua, tidaklah macam kami ni yang bukan islam..seksi..
anak: terdiam.
.:Allahuakbar,terharunya dengan kata-kata gadis tersebut, anak tersebut memegang belakang bahu gadis itu dan hanya mampu berkata..
anak: Alhamdulillah. terima kasih dan tersenyum.
.:dalam hati berdoa, semoga gadis tersebut dibukakan pintu hidayah untuk islam,ameen ya rabbal aalamin, berlalu peristiwa indah bagi anak tersebut pada masa itu begitu sahaja. anak tersebut sempat menceritakan kejadian itu kepada maknya dan mak pula memberitahu bahawa gadis tersebut adalah gadis bukan islam dari negara 'timor leste'. semoga Allah membukakan pintu hidayah untuk dia dan berjumpa lagi..inshaAllah :)
..............................................................................................................................................
maaf, sekiranya bahasa dan susunan ayat tidak memenuhi 'selera' anda, al maklumlah bahasa pasar orang sabah,saya pun tak tahu nak buat ayat cantik skit :) harap anda mengerti. kisah ini sekadar renungan buat semua yang bergelar wanita islam. apa yang anda rasa dan fikir mengenai kisah diatas? mengertikah kalian? atau mungkin juga, tidak membawa apa-apa erti untuk diri anda? tepuk dada tanya iman!
adik kacak :)
nak kahwin dengan akak tak?(tetiba hihi)
Panorama dunia kini,
Aurat dipandang sepi,
Dibiar terdedah begini,
Kerana hilangnya malu dalam diri,
Di manakah kau letakkan maruah ini?
Yang menutup rapi,
Senang berkongsi,
Jutaan mata memerhati meneliti,
Cuba bertanya pada hati,
Kerana siapa menutup aurat ini?
10 comments
Assalamualaikum Jiha,
ReplyDeleteJiha org sabah ke?? siap ad dialog bahasa sabah ni. Asif, bru ni nak taaruf ye.. :)
Suka dialog tuh, org bukan Islam pun rasa izzah Islam tu ble tgk org tutup aurat sempurna.
@nusrahWaalaikumsalam Nusrah :)
ReplyDeleteya,sy org sabah bah :)
Alhamdulillah,shukran Nusrah.setuju dengan kata Nusrah tu,org bukan islam pun dapat melihat keindahannya,tp...yg islam, entah ya atau tidak...
untuk peringatan pada diri juga,semoga ditetapkan iman,ameen
Assalamualaikum wbt
ReplyDelete*Sekadar renungan sahaja*
Manusia tidak boleh mempertikaikan masalah petunjuk dari Allah SWT. Sebenarnya petunjuk telah pun sampai kepada setiap manusia dan pada diri mereka ada tanda2 petunjuk tersebut. Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ Maka adapun ia pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita`.
Janji Allah SWT bahawa setiap orang telah diberi tanda petunjuk dan terpulang kepada mrk untuk membuat pemilihan samada jalan baik atau kufur. Surah Albalad:10وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Sebab itu apabila sahabat Rasulullah saw, Shuib ArRomi (dari negara Rom) dan Salman AlFarisi (dari Negara Iran), apabila telah mendengar panggilan keimanan, terus mereka meredah pelbagai rintangan menuju menemui Rsulullah saw. Kalau perlu hijrah, kena hijrahlah dan apatah lagi dlm keadaan skrg dunia tanpa sempadan pada setiap penjuru! Surah Fussilat:53سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
p/s Bukankah `internet` juga merupakan salah satu kaedah melihat pepenjuru dunia?
Wallahualam
@tajnur=waalaikumsalam wbt ustazah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah,shukran ustazah pertunjukkan dalil2 tersebut,tepat sekali
sesiapapun yg diberi petunjuk oleh Allah SWT, maka tidak ada yang boleh menyesatkannya.
pertanyaan ustazah mengenai ini-->
{Bukankah `internet` juga merupakan salah satu kaedah melihat pepenjuru dunia?}
-->ya,sudah terbukti internet skrg sudah cukup besar penyebarannya,apatah lagi mengenai penyebaran agama islam sehingga ke hari ini.mungkin juga ini adalah tanda2 kebenaran dan kekuasaan daripada kalam Allah :)
maaf,sekiranya kenyataan sy tidak jelas maksudnya.
terima kasih sudi memberi komen tersebut,amat dihargai :)
Nazihah@Jiha.
Assalamualaikum... mesti kt sndakan kan situasi tu terjadi... ana memang respect org sndakan..
ReplyDelete@Adie shahrul=terima kasih sudi komen dan penghargaan tersebut :)
ReplyDeletekat mana2 pun pasti akan berlaku dengan izin-Nya :)
semua ini saya utarakan, melalui pengalaman hidup sendiri,untuk peringatan diri sendiri dan kalian yang membaca kerana Allah.Tidak ada maksud lain.
@Nazihah@Jiha
ReplyDeletehari tu pun ana p sndkn.. mmg hebat org sndkn... smbil tunggu bas d bustop.. ternmpk adik kecil da bercakap tentang kebesaran ALLAH.. hebatnya ciptaanNYA...
alhamdulillah..moga di beri HIDAYAH..^^^
ReplyDelete@Adie shahrulAlhamdulillah, ya ka? :)
ReplyDeleteSungguh Allah telah memperlihatkannya :)
@umarmarwanAlhamdulillah,begitulah yg didoakan :) moga Allah memberi hidayah :)
ReplyDelete