Jangan mengungkit, bersyukurlah

9:42 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Apa khabar anda yang membaca? dijangka telah dijawab pertanyaan itu :) Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi dapat berkongsi ilmu dalam ruangan ini. sedikit rasa malu,timbul rasa rendah diri untuk berkongsi ini sebenarnya kerana kadang-kadang berkongsi, berkata telah bersyukur itu senang namun kerap juga kata-kata seakan masih kufur nikmat. Namun, Apa yang dibaca dan telah diselami cuba untuk dikongsikan bersama, mungkin ada antara kalian sudah pernah terbaca mengenai ini. Alhamdulillah, kalian anggap sahaja sedang mengulang kaji hari ini :) kita tidak terlepas dari belajar dan terus belajar tidak kira apa jua perkara. Yang penting niat itu benar.

Kisah Nabi Ibrahim a.s. menguji menantu

Ketika Nabi Ibrahim sampai dirumah Nabi Ismail(anaknya), kebetulan anaknya tiada di rumah, sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu Nabi Ibrahim. Lalu bertanyalah Nabi Ibrahim a.s. kepada isteri Nabi Ismail yang belum dikenalinya ketika itu, “Siapakah kamu?” Maka jawab isteri itu, “Aku isteri Ismail.” Kemudian Nabi Ibrahim a.s. bertanya lagi, “Di manakah suamimu, Ismail?” Isteri Nabi Ismail a.s. memberitahu yang suaminya sedang pergi berburu. Lantaran itu Nabi Ibrahim bertanyakan pula keadaan kehidupan mereka sekarang, lalu dijawab terus oleh menantunya dengan keluhan, “Kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang.” Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?” Jawab isteri Nabi Ismail, “Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman.”


Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh isteri Nabi Ismail, maka maka Nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama Nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu. Sebelum bertolak pulang Nabi Ibrahim pun meminta untuk disampaikan salamnya kepada Nabi Ismail, “Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya.”
Sebaik sahaja Nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah Nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya, “Adakah seseorang datang menziarahimu?” Jawab isterinya, “Ya! Ada seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu.” Isterinya menceritakan tentang pertanyaan perihal kehidupan mereka berdua dan dia menjawab dengan memberitahu akan kesusahan yang mereka hadapi. Nabi Ismail kemudian bertanya lagi kepada isterinya, seandainya setelah itu ada pesanan yang ditinggalkan oleh orang tua tersebut. Jawab isterinya, “Ya! Dia meminta aku menyampaikan salam kepadamu dan meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.” Mendengar jawapan daripada isterinya itu, lalu Nabi Ismail menberitahu kepada isterinya yang sebenarnya orang tua itu adalah ayahnya dan pesanan itu bermaksud perpisahan dan kemudian Nabi Ismail berkata, “Sekarang kembalilah kamu kepada keluargamu.”


Setelah itu bercerailah Nabi Ismail dengan isterinya yang suka merungut dan tidak bersyukur bersuamikan kekasih Allah SWT.
Setelah sekian lama, maka datanglah hasrat Nabi Ismail untuk berkahwin kembali dan setelah berkahwin, Nabi Ibrahim datang kembali semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya. Kali ini juga, sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu, Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik. Lalu terjadi dialog seperti mana dahulu, cuma kali ini yang membezakannya adalah jawapan isteri baru anaknya. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru, “Adakah kamu mempunyai tetamu?” Jawab perempuan itu, “Ya! Iaitu engkau.” Ketika ditanya bagaimana keadaan mereka sekeluarga, menantunya menjawab, “Syukurlah kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera (dan bahagia), tiada apa yang kurang.” Kemudian Nabi Ibrahim dihidangkan dengan sedikit makanan. Nabi Ibrahim kemudiannya terus berdoa, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.” Sebelum pulang, dia meminta supaya disampaikan salam kepada anaknya yang sedang berburu dan katakan kepadanya supaya mengekalkan tiang pintu rumahnya.



Setelah Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberitahu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan pesanan yang disampaikan oleh orang tua tersebut. Mendengar cerita itu Nabi Ismail dengan gembira menjawab, “Sebenarnya dialah ayahku dan tiang pintu yang dimaksudkannya adalah dirimu yang dimintanya untuk aku menjaga mu dan kekalkan (jangan menceraikanmu).” Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.



Renung Kembali Cerita Ini


Jika kita renung kembali cerita ini, moral dalam cerita ini amat ringkas iaitu, jangan mengungkit walaupun di dalam kesusahan apatah lagi jika hidup mewah. Jika perhatikan beratnya kesan ungkitan hinggakan Nabi Ibrahim berpesan supaya ditukar tiang pintu rumah yakni isteri anaknya. Mengungkit memberikan kesan jangka masa panjang yang cukup buruk dan ia sering menjadi pemacu kepada kemarahan.

Mengungkit merupakan perbuatan yang tercela dalam Islam. Allah SWT sendiri membenci perbuatan tersebut seperti dalam firman-Nya, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekali-kali membatalkan sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakitkan hati.” (Surah al-Baqarah : 264)

Justeru adalah lebih baik jika kita tidak mengungkit segala tanggungjawab yang kita tunaikan walau dalam apa bentuk sekalipun. Cara paling mudah untuk tidak melakukan ungkitan pada masa akan datang adalah dengan melakukan tanggungjawab bukan kerana keluarga tetapi kerana Allah SWT. Biarpun dengan hanya membeli roti canai untuk sarapan pagi, jika tanggungjawab itu dilakukan kerana Allah SWT, maka besar impaknya kepada keluarga. Lebih sejuk lagi diri ini apabila tanggungjawab itu menjadi sedekah maka biarpun hati marah kerana hal tertentu, pastinya sejuk kembali kerana sedekah ibarat air yang memadamkan api.

Ingatlah Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

Jadi, berilah dengan penuh keikhlasan, jangan memberi kerana mengharapkan balasan. Cubalah mulai hari ini kita sentiasa bersedekah kepada keluarga kerana Allah SWT, biarlah dalam apa bentuk sekalipun, sama ada kudrat mahupun wang ringgit. Insya Allah tiada lagi duri yang tajam di bunga nan indah...(Dr.Azhar Bin Hj Sarip-Perunding emosi, spiritual Nlp Training)

You Might Also Like

21 comments

  1. Assalamualaikum jiha..
    terima kasih atas perkongsian jiha. :)

    alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. syukur, syukur dan terus bersyukur

    ReplyDelete
  2. kadang2 syukur tu darjatnya lebih tinggi dari sabar sebab bukan semua orang mampu bersyukur tapi sabar ,semua orang terpaksa bersabar bila ujian menjengah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah ya ukhti, marilah sebarkan dakwah dengan ilmu yang ukhti ada dengan menyumbangkan artikel di web ini. ilmi-islam.com merupakan sebuah rangkaian untuk saluran perkongsian maklumat islamik interaktif. Bermula sekarang ! kawan-kawan. JOM Join atau sumbg artikel? marilah. moga Allah redha :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nazihah,terima kasih atas perkongsian entri kali ini..memang terkesan dgn apa yg disampaikan..kita hidup perlu saling berpesan2 moga tak leka dengan apa yg ada..nice entry..^^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah,Tahniah yer Najihah, bagus dlm penyampaian, dan sllu gak ker WADi..alhamdulillah..syukurlah..sntiasa bersyukur

    Konspirasi Dunia- Tree of Life(WADi)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak . . kisah yg menarik tu dn mmg bnyk pengajaran drpd kisah zaman nabi yg terdahulu . . insyaAllah akan sntiasa mensyukuri nikmat-Nya . . insyaAllah . .

    ReplyDelete
  8. salam alaik ukhti... post yg manfaat... btol2... jika kita memberi utk balasan... hati kita akan sakit tapi jika kita ikhlas krn ilahi.. insyaallah.. kita akan merasai manisya beriman kpdNYA... wallahu'alam

    ReplyDelete
  9. Bergeraklah dn Berbuatlah sesuatu yang berguna. Berdiam diri tanpa melakukan apapun hanya membuat kita tidak berkembang alias Stagnan. Melakukan sesuatu yang berguna bagi kehidupan kita dan orang lain akan membuat kita menjadi orang yang berharga dan dihargai..

    SO, KEEP MOVING NAZIHAH !

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak! ^_^
    waa, rindunya adik dkt kak Jiha ni! ='(
    adik skrg dah mula sibuk dgn U tapi masih punya waktu. kdg2 adik on9 selalu je ziarah akak tapi xsempat nak komen.

    Alhamdulillah, peringatan yang sgt baik kak untuk muhasabah diri. Supaya jgn mengeluh dan bersifat qanaah, rasa puas hati dgn apa yg ada. Bila bersyukur Insya-Allah Allah tambah lagi ^_^

    ReplyDelete
  11. Ukht nusrah

    Waalaikumsalam kak :]

    Alhamdulillah syukur^^

    ReplyDelete
  12. ya umarmarwan

    ya..benar Umar.
    susah sebenarnya untuk manusia bersyukur..semoga kita dijauhkan daripada kufur.

    sabar..sesetengah manusia yg ditimpa musibah/ujian ada yg mampu bersabar yakni redha dan ikhlas..namun ada juga yg terpaksa..kerana..tiada yg mampu menghilangkan kecuali dengan izin-Nya.

    syukran~

    ReplyDelete
  13. Akh aiEz

    Waalaikumsalam Akh..

    Alhamdulillah,terima kasih sudi membacanya :)

    benar!nasihat-menasihati itukan amalan mulia.

    ReplyDelete
  14. Dik shidah2020

    waalaikumsalam dik Shida^^

    Alhamdulillah,terima kasih dik sudi membacanya.

    ReplyDelete
  15. Ukht afiqah umairah

    wassalam ya ukht Afiqah^^

    Alhamdulillah,benarlah apa yg dikata.moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  16. ya abD mUHyi

    Alhamdulillah..alhamdulillah..

    insyaAllah..alfu syukran Muhyi :)

    ReplyDelete
  17. Ustaz abuikhwan

    benar! memang menarik ustaz :] sangat terkesan.

    syukran~

    ReplyDelete