S.I.R

11:36 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

S:Sabar I:Ikhlas R:Redha

Kata orang harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kata-kata ini memang benar kerana kisah hidup seseorang akan menjadi cerita generasi akan datang. Untuk itu, ciptalah cerita yang indah-indah hari ini untuk dikenang di kemudian hari :)


Jadikan Kisah Nabi Ayub yang menderita kerana penyakit selama berbelas-belas tahun yang tetap sabar dan teguh imannya. Sementara isterinya begitu setia melayani, menjaganya dengan penuh kasih sayang seikhlas hati di samping membanting tulang mencari rezeki.

Nabi Ayub Berdoa, "Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha Pemurah"-(Surah Al-Anbiya:83).

Allah memakbulkan doanya serta merta dengan meminta Nabi Ayub memukul tanah dengan kakinya. Lalu keluar air dari mata air dan Allah meminta Nabi Ayub mandi dan minum air itu. Keajaiban berlaku di mana seluruh penyakitnya hilang. Inilah hasil daripada sebuah kesabaran, keikhlasan dan keredhaan menerima segala takdir Allah.

"Kadang-kadang manusia menyesal kerana kata-kata yang telah diucapkan, tetapi ia tidak pernah menyesal kerana diamnya" Siapakah di antara kita yang mahu dan sanggup menerima penderitaan hidup? Diuji dengan sedikit kesusahan di dunia ini pun kita sudah keluh kesah dan tidak sabar, apa lagi kalau selamanya dibenam dalam api, dengan segala penyiksaan dan penghinaan yang dahsyat! Sesungguhnya tidak akan ada sesiapa pun yang mahu.


Kalau begitu, tidak ada pilihan lain selain beriman. Dalam peluang hidup yang masih ada ini, kita masih berpeluang untuk memilih. Maka pilihlah jalan yang benar. Jalan yang telah diterokai oleh Nabi dan Rasul. Jalan yang telah ditunjukkan oleh Al-Quran dan sunnah. Jalan yang lurus. Yang kita pohon setiap kali mendirikan sembahyang:

Tunjukkan kami (ya Allah) jalan lurus. Jalan mereka yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Engkau murkai. Tidak juga jalan mereka yang sesat.

Jalan itu adalah kehidupan yang diasaskan atas rasa cinta pada Tuhan, Rindukan syurga dan takutkan Neraka di akhirat. Dengan tiga bentuk perasaan itu, pastinya akan berlaku peperangan dengan hawa nafsu dan syaitan. Sentiasa melebihkan kepentingan akhirat dari kepentingan dunia. jumpa lagi!

You Might Also Like

10 comments

  1. salam...
    like this entri..:)
    S = sabar
    I = ikhlas
    R = redha..

    ReplyDelete
  2. memberi kesedaran..teruskan menulis..alhamdulillah..syukran^^

    ReplyDelete
  3. iman itu manis..ambik sedikit masa untuk membentuknya.. :)

    ReplyDelete
  4. SIR! (=

    tgh berusaha, tgh belajar untuk dapat 'SIR' itu. =='

    berusaha dan doa. Berusaha! (=

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    dik, nak buat teguran ni...
    ada typing error d ayat yang in "siapakah dari kita yang mahu dan sanggup menerima"....

    bukan ke sepatutnya "siapakah diri kita yang mahu dan sanggup menerima"...

    Kalau Iman salah, Iman minta maaf ia.
    Salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  6. entri yang bagus... thanks atas peringatan

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, pencerahan yang amat bermanfaat...terus berkarya untuk kemaslahat ummah.

    ReplyDelete
  8. >>> Untuk semua yang dikasihi kerana Allah:)

    Salam alaik! alhamdulillah,terima kasih buat semua yang memberikan komen membina dlm ruangan ini :)

    sama2 kita mengambil sebanyak2 ikhtibar yg sy tlh kongsikan,moga Allah Redha atas segala perkongsian ini,inshaAllah.

    jika ada salah/silap sy mohon kemaafan,sy manusia biasa,silapnya dari diri saya sendiri.masih sedaya upaya mengislahkan diri.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt
    Islam adalah sistem dimana ada tujuan, perancangan, perlaksanaan yang teliti dan akhirnya bertawakal kepada Allah SWT. Asas pertama sistem kekuatan yang dibina oleh Rasululla saw dalam Islam adalah membina kesabaran. Allah SWT mengetahui sejauh mana kemampuan Rasulullah saw dan muslimin sehingga kita diwajibkan bersabar sehinggalah diberikan Daulah. Apabila para sahabat r.a.hum ingin membuat bantahan ala demontrasi, maka turun Surah AnNisa:77أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ قِيلَ لَهُمۡ كُفُّوٓاْ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ۬ مِّنۡہُمۡ يَخۡشَوۡنَ ٱلنَّاسَ كَخَشۡيَةِ ٱللَّهِ أَوۡ أَشَدَّ خَشۡيَةً۬‌ۚ Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: [1] "Tahanlah tanganmu [dari berperang], dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka [golongan munafik] takut kepada manusia [musuh], seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya.
    Dalam tafsir surah ini, kaum muslimin menerima tekanan demi trekanan dari pelbagai aspek samada politik, pemulauan ekonomi, ugutan, penyiksaan keatas hamba2 yg beragama Islam dsbnya. Disinilah Allah SWT mahu menguji kesabaran kaum muslimin krn mereka yang sabar saja akan berjaya dihari muka! Mana2 yang tidak sabar dan darah panas itulah mereka yang akan gagal di hari muka. Dari Huzaifah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda,` Tidak sepatutnya seseorang mukmin itu menghinakan dirinya. Para sahabat bertanya,`Bagaimanakah seseorang itu menghina dirinya? Rasulullah saw bersabda,`Ia merempuh bagi bala / musibah yang tidak sanggup dihadapinya` Riwayat Tarmizi kitab Fitan m/s 61. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. to-->{tajnur}---->

    Alhamdulillah.

    subhanallah,shukran untuk komentar yang sangat bermanfaat itu :)

    Semoga terus qawi dijalan ini :)

    ReplyDelete