Menangis kerana

10:01 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah kerana saat ini masih diberi nafas untuk hidup di bumi Allah yang maha luas. Manusia yang hidup tak pernah lari dari membuat kesilapan kerana kealpaan dan kelalaian manusia itu sendiri. 

Menangis kerana takutkan Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah Al-Jatsiyah: ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api, demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang Khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

kemudian mata mula berair

Moga ia membawa 1001 penghayatan dan keinsafan pada diri kita, hamba Allah S.W.T.

"Ya Allah,jika kelak dihari kiamat,Engkau memasukkanku ke dalam neraka,aku 'kan ungkapkan satu rahsia sehingga neraka akan lari dariku selama seribu tahun.Ya Allah,kepada musuh-musuh-Mu,berikan apa sahaja yang Engkau inginkan didunia ini.Berikan kepada para wali-Mu apa sahaja diakhirat nanti.Akan tetapi,bagiku,cukuplah hanya semata-mata Engkau.Ya Allah,jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka-Mu,campakkan aku ke dalam neraka.Jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga,keluarkan aku dari syurga.Namun,jika aku menyembah-Mu semata-mata kerana Engkau,janganlah Engkau tahan keindahan Abadi-Mu dariku" (doa Rabia'tul Adawiyah)

Degupan kencang dalam hati..

Wahai kebahagiaanku, kerinduanku
Wahai perlindunganku, sahabatku
Wahai ketentuan jalanku, wahai tujuan utamaku!
Engkaulah rohku.
Engkaulah harapanku.
Engkaulah sahabatku, kerinduanku dan keselamatanku.
Tanpa diri-Mu, wahai hidup dan cinta-ku, takkan pernah
aku mengembara melintasi negeri-negeri tak terbatas ini.
Betapa banyak rahmat, betapa banyak anugerah,
kurniaan dan nikmat telah Engkau tunjukkan padaku.
Cinta-Mu yang kucari dan didalamnya aku diberkahi,
Wahai cemerlang mata kalbu kerinduanku!
Engkau pembimbing kalbuku!
Selama hayat masih dikandung badan, aku takkan pernah lari
menjauhi-Mu.
Redhailah aku, wahai hasrat kalbuku, dan aku pun bakal
beruntung dan beroleh berkah.
(Rabia'tul Adawiyah)

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” – Rasulullah S.A.W.

You Might Also Like

8 comments

  1. Terkdg mata mudah menangis untuk perkara yg tidak sepatutnya, tetapi mengapa tidak menangis untuk Dia. Yang terlalu byk dosa, hari2 kita buat, tapi masih lena dan tenggelam dgn permainnan dunia..='( sedih bila baca Rasulullah cari umat Baginda akhirat nanti...tapi cinta kita, pengetahuan ttg sirah, entah ke mana...

    kagum dgn cinta suci tulus Rabiatul Adawiyah..=')

    ReplyDelete
  2. ziarah akak..lme xjenguk sini..keep up ur post akak..moga bmanfaat tuk sume..--->>amalin

    ReplyDelete
  3. betul tu..tangisan kerana takutkan Allah itu antara penyelamat dari azab neraka kelak, insyaAllah

    Boleh Ke Solat Fardhu 2 Kali??

    ReplyDelete
  4. Salam, syukran atas perkongsian. Lama dah berhasrat menulis tentang menangis, dapat input terlebih dahulu dari sini :)

    ReplyDelete
  5. @:: Zahratu Billaurah ::=') tersentuh dengan kata2 adik. terasa diri..syukran dik sudi komen entri akak ni

    ReplyDelete
  6. @Anonymousya rabb, adik Amalin dtg komen jg huhu terima kasih adik sudi luangkan masa :) moga bermanfaat

    ReplyDelete
  7. @Ad-DienAlhamdulillah,terima kasih Ad-Dien :) moga semua dpt merasainya

    ReplyDelete
  8. @nurilhakimAlhamdulillah,syukran Hakim,sudi singgah dan komen dikotak kecil ini :) semoga bermanfaat untuk anda dan semua

    ReplyDelete