Tersirat Kemanisan
10:21 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
<<Wanita di gurun pasir>>
Seorang wanita yang tekun beribadah dan memiliki ketajaman kerohanian mendapati dirinya terpisah dari rombongannya dan tersesat di tengah gurun pasir. Dia berjalan ke sana sini dan akhirnya berhenti dan berlindung di bawah serumpun semak belukar. Dengan penuh keresahannya dibenamkannya kepalanya di lututnya, lalu berdoa, "Ya Allah! aku adalah seorang musafir, sakit, sendiri dan kesusahan, seorang pengemis yang merana!"
Seketika itu, dari alam ghaib terdengar sebuah suara menyahut, "meskipun Aku menemanimu, engkau merasa menderita dan sendiri? Aku disini, hadir dalam hatimu, sahabat setia dalam jiwamu."
>>Bait puisi berikut ini mungkin boleh menggambarkan keadaannya:
Meskipun semua makhluk menentangku,
Tidak mengapa, wahai sahabatku yang manis,
Tidak mengapa, wahai sahabatku yang manis,
Kerana hanya Engkaulah satu-satunya,
Yang kupilih, yang ku puja.
Esok belum tentu matahari masih mencerah merah,
entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.
entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.
Kebahagiaan berkait rapat dengan hati, berkait rapat juga dengan jasad yang menyimpan hati itu. Keseluruhan diri manusia mencerminkan apakah hatinya bahagia atau derita. Semuanya terpancar melalui air muka. Tiada panduan yang terbaik untuk menikmati bahagia kecuali meniti di atas panduan-panduan yang telah diberikan oleh agama. (Dr.Hm Tuah Iskandar)
p/s: yakinlah daripada setiap kejelekan dan ujian, tersirat kemanisan untuk diselongkar :)
12 comments
Bahagia itu ada pada hati,
ReplyDeleteandai hati penuh dengan ketenangan pasti ada kebahagiaan itu.
p/s : pasti ada manisnya walau permulaannya adalah pahit. Sepahit ubat, akhirnya sembuh dgn izin Allah. Manis bukan? (=
jadilah kalian
ReplyDeleteseperti seekor lebah yang sentiasa
memakan sesuatu yang baik dan
mengeluarkan yang baik pula. Jika ia jatuh diatas tangkai, tidak
memecahkannya, menyentuh nectar tetapi tidak melukainya, mengeluarkan madu dan
tidak menyengat, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Ia mempunyai dengungan sukacita dan bisikan kerelaan. Ia utusan kerajaan langit @ duta dari alam yang kekal datang
berkunjung...”
KakIzzati HashimShukran yaa kak Izzati sudi kunjung dan komen :)moga Allah permudahkan urusan akak,ameen :)
ReplyDeletepersoalan hati amat rumit.
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-Israa' 17:85)
hati boleh dikaitkan dengan roh :)
moga hati ini sentiasa terjaga.
manis kak..semanis kurma :')
yaa umarmarwan Shukran yaa Umar sudi kunjung dan komen disini :)moga Allah permudahkan urusan umar,ameen :)
ReplyDeleteSubhanallah,indah kata yg tersirat itu :)
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
org mukmin mempunyai hati yg suci dan murni,sehingga terbentuknya peribadi yg mulia.Begitulah hati,apabila ia baik,maka baiklah manusia itu,apabila jahat maka jahatlah ia.
moga Allah redha :')
Penulisan anda menarik dan boleh ditingkatkan lagi..dapatkan buku bersama kami..mungkin anda boleh menjadi penulis dakwah suatu hari nanti, insyaAllah
ReplyDeleteAssalamu'alaikum :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, benar dinda mahbubah, disebalik ujian, penuh tersirat hikmah kemanisan, andai kita benar-benar menyandarkan hati sepenuhnya kepada Ya Rahman, insya'ALLAH..sama-samalah kita mendoakan agar ALLAH pandu hati kita sentiasa..
syukran ya habibati^^
Moga ALLAH kasih dan redha dindaku~
suka tgk gamba budak tu berdoa!
ReplyDeleteUstaz mohd fikri @ alamghiriAlhamdulillah,shukran ustaz sudi berkunjung dan komen sini :)
ReplyDeletedisamping itu memperkenalkan sy dgn kedai buku Al-Hidayah,dptkn buku baru bayar..bagus2! :)
InshaAllah,sekiranya ada buku yg berkenan dihati untuk dibeli, sy akan order :)
Teruskan usaha ustaz! moga Allah limpahkan lebih rezeki.ameen :)
kak (◕‿◕。) Ahlia Iman Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..yaa ukht Ahlia :)terima kasih kak,sudi berkunjung dan komen :)
ReplyDeleteAlhamdulillah yaa ukht mahbubah..yang pahit manis dirasa :)
shukran ukht utk peringatan tersebut,benar ukht..sandarkan hati sepenuhnya kepada Allah swt,inshaAllah..moga ditetapkan iman sentiasa pada-Nya..
Setiap amal yang diorientasikan selain Allah Azza wa Jalla maka ia telah menjadi debu yang terbang...
afwan,hanya ini dpt sy berikan, Moga ALLAH kasih dan redha ukht Ahlia ku.ameen:')
yaa saleem wahabterima kasih sudi berkunjung dan komen disini :)
ReplyDeleteKacamata Positif, Yang Manis Terasa Lebih Manis :) sy juga suka melihat anak kecil tersebut,kerana itu sy upload gambar itu :)
mengingatkan diri supaya istiqamah dlm berdoa :)
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya."(Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).
moga Allah menerima doa kita semua,inshaAllah ameen :)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteSurah AlBaqarah:186 Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.
Surah Annajmi:43 Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Surah AlQaf:16وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya` Wallahualam
Ustazah tajnurWassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh yaa ustazah :) alhamdulillah,sentiasa menanti komen ustazah disini :')shukran ustazah..
ReplyDeleteMaka seseorang hamba yg berdoa hendaklah dia penuh dngn keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya :)
Jika kesedihan sudah berlalu seiring waktu,maka sedarkn diri yg Mulai menguasai diri,mekarkn walau sedikit senyuman dan tidak terlalu larut dalam kedukaan :)
tali Allah yg tidak akan putus selama2nya selagi kita berpegang teguh kepadaNYA :)
moga Allah kasih ustazah,ameen :)