"Lau kana bainana..."
10:14 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
ya Rasulullah, rinduku kian berdarah
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Ilahi, Allah yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang. Selawat serta salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kekasih hati. Allahuakbar! Masih bernyawa diri ini, masih mampu berjalan, masih mampu melihat, masih mampu mendengar, masih mampu berbicara, alhamdulillah yaa Allah, terima kasih Allah!
Rajin jari jemari pagi ini mengunjungi tiap blog yang telah difollow. Melihat, membaca, menghayati, muhasabah diri, menyesali diri. Hati terpaut pada entri seorang mujahadah muslimah ini, sememangnya tidak pernah tidak kunjung ke teratak indah dia, simple, mudah difahami, ayat gramatis, warna-warni kehidupan (seakan kak Izzati pula :) terima kasih Nusrah mengingatkan saya tentang rancangan itu! mampu membuat air mata saya jatuh lagi..(you! yes you lah..sila berkunjung ke blog dinda Nusrah ya :)
Pinjam gambar ni ya Nusrah, nanti saya bagi balik :)
“Lau kana bainana al-Habib” Rancangan ini mengingatkan kita tentang khuluk nabawi iaitu akhlak junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. sifat mahmudah Rasulullah SAW. Bukannya semata untuk mengembalikan kita kepada sejarah silam kegemilangan Islam iaitu 1400 tahun yang lalu tetapi apa yang dimahukan adalah untuk merasakan seperti Rasululullah SAW ini hidup bersama-sama kita semua pada zaman ini. Banyak lagi siri dan slot menarik. Masha-Allah! Untuk melihatnya sendiri anda boleh ke Sini dan Sini.
Extracted Love Energy ada di Sini. Terima kasih adik Rabiatul :)
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist
Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah s.a.w itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?
mengislahkan diri...
15 comments
Assalamualaikum akak! Adik rindu sgt dkt akak ^_^ *peluk*
ReplyDeleteTersentuhnya dgn entri ni kak..='(
khuluq nabawi...
Sejauh mana entah diri mencontohi peribadi dan sunnah Baginda..
tidak mahu tertipu dan berpura dengan pandai berkata...
Rindu Baginda...='(
Sollu 'alan Nabi...
rindu Rasulullah :(
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk terus mencari bekalan utk kehidupan akhirat.. (",)
ReplyDeleteJika Rasulullah datang ke rumah kita... bagaimana kita??
ReplyDeleteAdik :: Zahratu Billaurah ::Waalaikumussalam wbt adik Rabiatul ^_^ *peluk juga*
ReplyDeletepenuh nama Rabiatul kat shoutbox akak..siapa punya kerja tu..^_~
Alhamdulillah,jika adik tersentuh..
akak juga masih sedaya upaya cuba mencontohi peribadi dan melakukan sunnah Rasulullah..Allahu rabbi..entah akak mampu atau tidak..
ya dik,jgn manis dimulut,tp pahit dihati..nauzubillahi
inshaAllah,moga kita semua terus istiqamah,ameen.
yaa ღ Atikah Ramlan ღTerima kasih Atikah sahabatku,sudi berkunjung dan komen disini :) selamat kembali ke poli nanti,rajin2 yaa..huhu ^_~
ReplyDeleteAtikah rindu,saya juga begitu :'(
moga perasaan ini terus kekal,ameen.
Akh fuad ansariAlhamdulillah,terima kasih yaa akh Fuad sudi berkunjung dan komen disini :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan,moga hamba ini menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu.ameen yaa rabbul aalamin.
yaa Adie shahrulTerima kasih sudi berkunjung dan komen disini.
ReplyDeleteyaa rabb,betapa bahagianya diri ini sekiranya kekasih hati yaa Rasulullah dtg ke rumah..tak dapat bayangkan saat itu.....
tp,mungkn juga akan berasa malu..:'( kehidupan masa kini dilihat Rasulullah....
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteLahirnya Rasulullah saw adalah membawa rahmat bagi sekalian alam. Apabila Rasulullah saw berhijrah, naegara Madinah dinamakan AlMunawarah yang bermaksud `yang dicahayakan` dengan cahaya keimanan. Bermaksud ada usaha2 untuk menegakkan keimanan sehingga tertegaknya daulah dan undang2 Islam. Rasulullah saw telah mendidik para sahabat spt tertera dlm Surah Alfath: ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِۚوَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu.
Mrk telah membukti keimanan dan amalan2 mrk. Dalam keadaan sekarang, hidup kita semakin jauh dan lalai dari AlQuran.Surah AlBaqarah:134 `Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban tentang apa yang telah mereka kerjakan.`
Cara kita memperkukuhkan keimanan pun tersasar jauh dari kehendak Allah SWT dan RasulNya sehingga kita tidak tahu apakah tujuan hidup dan apakah yang perlu kita lakukan. Tanda kasih kita kpd Rasulullah saw adalah dgn mendirikan sunahnya. Sunah iaitu AlQuran dan Hadis! Wallahualam.
betul..ana pun terfikir juga..kalau Rasulullah ada sekarang dan melihat kita..apa yg akan Baginda katakan pada diri ini..muhasabahlah..
ReplyDeleteAssalamulaikum jiha..
ReplyDeleteAllahuakbar, sy jd malu sdiri ble awak sebut mujahadah muslimah. penuh dgn kekurangan sebenarnya blog sy tuh, mcam tu gak diri sy sebenar.
rasa seronok dikelilingi insan2 soleh solehah macam awak. Terima kasih byk2 tak pernah jemu ziarah sy dan bagi kekuatan.
Hanya Allah yg mampu membalasnya.Klu kita tak dpt jmpe dunia, moga kita dpt bertemu di syurga nti.
Ustazah tajnurWaalaikumussalam wbt,saya tertanya-tanya,siapakah gerangan ukht yg bernama Tajnur ini? ^^ tak salah rasanya sy mengelarkan ukht 'ustazah' kn? :)
ReplyDeleteTerima kasih sgt ukht,setiap koemn ukht amat sy hargai,pesan ukht akan sy ingat,inshaAllah ^^
moga Allah memberkati ukht.ameen yaa rabbul aalamin :)
yaa umarmarwanterima kasih meluangkan masa untuk berkunjung dan komen disini.
ReplyDeleteAlhamdulillah,salah satu proses tarbiyyah buat diri.
yaa nusrahWaalaikumussalam wbt Nusrah :) manusia pasti ada kurang dan lebihnya :)saya juga Nusrah.Tp,Allah kasih pada mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri ke jalan yg diredhainya :)
ReplyDeleteAllahuakbar..saya lg terasa malu bila awak menyatakan 'solehah' itu,barangkali ia belum ada pada diri sy...
sy sgt seronok dan bersyukur dpt mengenali blog2 islamic ikhwah dan akhowat termasuk Nusrah..
hanya dengan pembacaan,dpt membuat jiwa dan hati saya terusik untuk lebih dekat pada-Nya..kerana sesungguhnya saya insan yang kurang ilmu agamanya....
shukran Nusrah!
Rindunya kita pada Rasulullah, hanya kita sendiri yang boleh jawab dan nilai.
ReplyDeleteApa yang perlu ialah kita perlu sentiasa memperbaharui rindu kita selalu, barulah segala sunnahnya mudah ita lakukan, insya-Allah~
We LOVE Rasulullah S.A.W ღ