Tik detik

9:57 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Hawana, sayang kamu! 

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Puji dan syukur pada Allah swt, rahmat dan keredhaan Allah pada Rasulnya Muhammad saw. Semoga selamatlah kita semua berserta hamba-hamba Allah yang baik.

Masa beredar detik demi detik, tidak pernah berhenti. Satu detik yang ditinggalkan bererti satu detik umur kita hilang. Satu detik lagi pergi bermakna satu detik juga bertambah dekatnya kita dengan kematian.

Mati ialah perpindahan kita dari alam dunia ke alam barzakh. Disana Allah akan lanjutkan hidup kita. Kehidupan disana ialah balasan kepada cara hidup di dunia. Andai yang kita pilih di dunia ialah kehidupan beriman dan beramal baik maka di barzakh kita akan menerima ganjaran kebaikan.

Sebaliknya, kalau di dunia kita kufur dan beramal jahat maka di barzakh Allah akan balas kita dengan balasan yang setimpal. Akan kekallah kita begitu, hingga tibanya hari kiamat dimana Allah akan sempurnakan pembalasan pada hamba-hambaNya.

Semoga Allah memandu kita dengan taufik dan hidayahNya, agar kita tetap diatas jalanNya. Siapalah saya untuk berkata tetapi bukankah Allah telah berfirman bahawa semua manusia itu berada di dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan? Jangan melihat pada siapa yang bercakap tapi lihatlah pada apa yang diperkatakan. Mengislahkan diri...

Iman hartamu yang akan mengkayakan hatimu..
terbakar rumah nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu..

You Might Also Like

18 comments

  1. smoga hr ni lbeh bek drpd smlm...
    esok lbih bek drpda hr ni...
    bgitu jge strusnye...^o^

    ReplyDelete
  2. Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Takdir hidup dan mati kita kesemuanya sudah ditentukan sebelum kita dilahirkan lagi (Surah AlHadid:22مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ
    Namun begitu, kita diberi kuasa pemilihan samada memilih jalan baik atau kekufuran (Surah AlBalad:10 وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
    Apa yang kita tahu, keadaan diakhirat merupakan Hari kepayahan dan keresahan menanti nasib kita disana. rasa2 tak sanggup kita menghadapi Allah SWT dlm keadaan kita serba kekurangan (Surah AlInsaan:10 إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسً۬ا قَمۡطَرِيرً۬ا Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut.
    Awal2 lagi Allah SWT mengingatkan kita bahawa jgn sekali2 kita mati melainkan dlm Islam w/pun mati adalah pasti! Surah AliImran:102 وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ Dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
    Sejauh manakah kita sudah mewajibkan diri mempelajari AlQuran (Surah AlQasas:85 إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬ Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu [melaksanakan hukum-hukum] Al Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali .
    Surah AnNisa:82أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ Maka apakah mereka tidak mentadsabburkan Al Qur’an?
    Apakah kita sudah sedia menghadapi deti2 tersebut..... Wallahaualam

    ReplyDelete
  4. iman hartamu yang akan mengkayakan hatimu..
    terbakar rumah nampak asapnya, terbakar hati siap yang tahu...

    mendalam maksud ayat nie,,tersentuh sungguh

    ~yildirim fateh`

    ReplyDelete
  5. ya Khazinatul Asrar

    Alhamdulillah,telah Allah tentukan untuk hamba-Nya,suka duka kita harungi jua dgn kesabaran =)

    terima kasih Khazinatul Asrar =)

    ReplyDelete
  6. ya Adie shahrul

    Alhamdulillah,terima kasih atas perkongsian.

    ingat tntg mati itu, adalah yg terbaik bagi manusia.

    ReplyDelete
  7. Ustazah tajnur

    Alhamdulillah,terima kasih ustazah atas perkongsian =)

    ya,ajal kita Allah telah tentukan.entah2 esok sudah menemui ajal.wallahua'lam.

    persediaan itu penting.selalu mengingatkn diri ini,jgn lalai jiha!! jgn lalai!! kau ni selalu saja lalai!!...:'( (untuk diri)

    moga mati kita dalam keadaan iman.ameen.

    ReplyDelete
  8. ya shairazi sharizan a.k.a Razi

    Alhamdulillah,thanks to Allah.

    jika ia 'digali' tanpa henti cuma berbekalkn peralatan yg 'satu',maka ia akan menjadi tersangat dalam,namun..jika ditinggalkan begitu saja..sia-sia jawabnya..

    terima kasih razi.~yildirim fateh` apakah maksud itu? =)

    ReplyDelete
  9. ye..sama2lah kita berpesan2 supaya kita tidak tergolong dlm golongan yang rugi~

    ReplyDelete
  10. selalu berpesan2,sebagai manusia kita selalu lupa dgn apa yg ada..sebab tu Allah pun ada berpesan pd kita berulang2 kali pada kebaikan jauhi kemungkaran..kerana sifat manusia itu terlalu mudah lupa..terima kasih peringatan dan perkongsian ukhti nazihah..;)

    ReplyDelete
  11. kepada Akh Shah dan Akh Aiez.

    terima kasih =)

    Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa' 4:134)

    Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman. (Al-An'aam 6:12)

    moga hati kalian bahagia =)

    ReplyDelete
  12. suke bace :)..thanks for the info :)

    ReplyDelete
  13. Salam 'alaik dindaku :-)

    " Masa beredar detik demi detik, tidak pernah berhenti. Satu detik yang ditinggalkan bererti satu detik umur kita hilang. Satu detik lagi pergi bermakna satu detik juga bertambah dekatnya kita dengan kematian." ⋘ ⋙ Subhanallah! kanda sukakan kata2 nie, penuh suntikan rasa dijiwa, terbiasnye dihati, alhamdulillah :-)

    teruskan menulis ye dinda syg, menulis utk membuah cinta, agar miliki hati yg bahagia, matinya kita dalam iman, insya-ALLAH

    syukran dinda mahbubah^^ (*slm syg**peluk*)

    ReplyDelete
  14. membaca penulisan hikmah nazihah, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  15. Adik aliah amirah yang cantik lagi cute ^__^

    Alhamdulillah,thanks to Allah =)
    terima kasih adik sudi belayar kesini =)

    datanglah lagi ya...akak tunggu..=)

    ReplyDelete
  16. Kanda ♥ Ahlia Iman ♥

    waalaikumsalam kanda mahbubahku =)

    Alhamdulillah,saya gembira ia menyuntik jiwa kanda,sakit tak? =)
    ubatnya jiwa terbias ke hati kanda yang penuh dengan iman ^_- thanks to Allah..

    afwan kanda mahbubah^^ (slm syg diterima, *peluk*) ^_-

    ReplyDelete
  17. ya Ad-Dien

    Allahuakbar,hikmah? kerdilnya diri...
    kata-kata yang dipinjam...maknanya bukan 'hikmah nazihah'...

    thanks to Allah ^_^ shukran Ad-Dien.lama dah Ad-Dien tak komen..almaklum orang berniaga dah kn ^_^

    ReplyDelete
  18. Yildirim itu bahasa turki, maksudnya halilintar atau cahaya kilat,
    Gelaran bagi Sultan Beyazid disebabkan ketangkasan masa prang Kosovo.

    fateh itu empunya blog mesti memahami.

    ReplyDelete