RM20

8:19 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

yes, Allah is always with us

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur kepada Ilahi dan Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta sahabatnya. Sama-sama kita renungkan dan fikirkan, agar bahagia bersama kita untuk hari ini, esok dan seterusnya. InsyaAllah.

kisah bermula.

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?"
"ya, nak tanya apa?"
"Berapa pendapatan ayah sejam?"
"Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?"
"Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?"
"20 ringgit sejam."
"oh..," kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, "Ayah...boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"

si Ayah mula menjadi berang dan berkata, "oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? kamu nak buat apa sampai nak minta sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.."

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si Ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si Ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "kalau kamu betul-betul perlu duit, nak ambillah sepuluh ringgit ini," kata si Ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah," katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si Ayah kembali berang. "kenapa kamu minta duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" jerkah si Ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup," jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??" soal balik si Ayah.
"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ini. Amin nak beli sejam dari masa Ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Tamat.

p/s: Share this story with someone you like. But even better,  share RM20 worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family and friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

(Family= Father and mother i love you)

You Might Also Like

20 comments

  1. ya,tak pa..nangis saja jika itu boleh membuatkan akh rasa lega.

    1st time baca kisah ini pun sy rasa nak nangis..tp,senyum kembali =) rasa bersyukur,w/pun bapa sibuk..dpt juga meluangkan masa bersama kami adik-beradik.

    ReplyDelete
  2. antara pemusnah kebersamaan keluarga adalah sistem sendiri..

    ReplyDelete
  3. sgt menarik cerita ni..

    bila anak2 mula bersuara, buat kita terfikir panjang..

    ironinya, masih ramai yg mengabaikan masa yg berkualiti bersama anak2, demi sehelai kertas bernama ringgit..

    ReplyDelete
  4. Salam'alaik adik (Nazihah@Jiha):-)

    Terharu n sayu je hati baca kisah ni, teringat pada arwah ayah akak, beruntung mereka yg masih punya ayah, pesan akak buat semua, sayangilah kedua ayahbonda selagi mereka masih disisi kita, doakan mereka selalu dalam setiap solat..insya-ALLAH doa anak yg soleh akan sampai buat kedua ibubapanya.

    syukran ya habibi atas perkongsian ini, Moga ALLAH kasih buatmu dinda (~_~)...

    ReplyDelete
  5. yaashairazi sharizan

    nampaknya statement anda sgt 'gramatis' ayatnya =)

    anda tolong terangkanlah bagaimana yg dimaksudkan dgn sistem sendiri itu.=)

    Islam menganggap penting hubungan kekeluargaan yg kuat krn kuatnya msyrkt jika dimulai dengan kuatnya kebersamaan yang harmonis dalam keluarga(tmbhn)=)

    ReplyDelete
  6. Akh fuad ansari

    Alhamdulillah jika ia menarik =)

    kata budak selalunya benar kan.lgpun budak ni perlukan perhatian lebih..sentuhan kasih syg ibu dan ayah =)mrk mudah merasa khilgn...

    dunia kini yg serba mewah kononnya,'kertas cetakan' itu penting utk hidup kata mrk,ya tak dinafikan,semua berkaitan..

    usaha itu mmg pntg..tp,ikatan kekeluargaan itu nadi kebahagiaan hati..dlmn kacau,luaran akan serabut..

    perlu ingat..dunia di kejar,tp akhirat juga yg kita perlu tuju sebenarnya..

    ReplyDelete
  7. Ukht ♥ Ahlia Iman ♥

    waalaikumsalam ukht kesayangan dinda.

    Allahuakbar,baru mendapat tahu..
    semoga arwah ayah Ukht dihimpunkan di kalangan org2 yg dikasihi-NYA.Ameen ya Rabb...

    segala pesanan ukht akan sy ingat sampai bila2.moga mereka yg lain juga begitu.

    shukran ya ukht,moga Allah memberkati kebaikan ukht Iman.ameen =)

    ReplyDelete
  8. act, ana nak tanya gramatis itu apa? al-maklum bukan orang bahasa sangat~~

    sistem yang bukan islam, penyebab kepada berlakunya perkara itu, sistem jahiliyyah~~

    kalau kita tengok sistem bukan islam, mereka menngajar kita untuk tidak bersama keluarga~~

    masalahnya berlaku hasil perancanagn sistem jahiliyyah ini,

    ini yang sebabkan ibu bapa tak sempat bersama kluarga, jadinya mulalah berlaku gejal sosial, institusi keluarga runtuh,,

    panjng kot kalau nak terang pasal sistem,ana tak pakar sangat,,

    ReplyDelete
  9. Allahu Akhbar..
    Bijaknya budak yg bernama Amin...
    Dia dpt memikirkan point bgaimana tuk ayahnya menyedari betapa pntgnya masa untuk diluangkn bersama anak2.. masa itu sentiasa ada tetapi kelemahan manusia tuk membahagikannya... tu la sifat manusia sentiasa berkata "tak ada masa".. " sibuk" sedangkan ALLAH da aturkan masa tuk kita dalam sehari dengan menciptakan bumi berputar pada paksinya selama 24 jam sehari... mustahil kita xda masa tuk diluangkan bersama keluarga... Syukran ya JIha.. cerita ni sgt bermanfaat tuk ana..... syukran jazeelan...:)

    ReplyDelete
  10. yaa shairazi sharizana.k.a Razi.

    orait,I get de point =)

    stiap peradaban melahirkn sistem keluarga.dan sistem keluarga Muslim sangat jauh peradabannya dengan sistem jahiliyyah dulu...

    jahiliyyah moden dulu..gejalanya muncul dgn beragam versinya..

    lain dgn sistem islam..dtgnya melalui wahyu Allah kpd Rasulullah..

    tuntasnya,jika ajaran2 islam diamalkan dirumah,maka terciptalah keluarga yg bahagia! kn Razi..=)

    oh ya, gramatis itu,maksudnya ungkapan yang menarik a.k.a terkini..lebih kurg begitulah =)

    terbawa2 perkataan tu..dr cikgu p.Am dulu.."kalau nak penulisan menarik..ayat tu mesti gramatis..gramatis..faham!"

    ah,itulah yg cg tu ckp setiap kali masuk kelas p.am..hehe rindu pula saat itu..,maaf..terlebih pula..=)

    btw,shukran.

    ReplyDelete
  11. yaa Adie shahrul

    Allahuakbar maksudnya Allah Maha Besar kn =)

    anak itu sgt bijak dan comel.tak dpt dinafikan lagi..ruang waktu untuk anak-anak memang amat bernilai.rugi bagi mereka yg mensia-siakannya =)

    Alhamdulillah,sekiranya bermanfaat untuk Adie =)Dari Allah semuanya itu..untuk kita =)

    ReplyDelete
  12. penah baca... mmg sedihkan.. dgn duit kita tak boleh membeli kebahagiaaan...

    ReplyDelete
  13. mmg sebak baca cerita ni,mana2 yg ada bapa tu hargai org tua kita..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wbt
    Surah AzZumar:53قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ Katakanlah,`Wahai hamba2Ku yang memboroskan diri2 mrk, jangan berputus asa dari rahmat Allah`.
    Ayat ni menceritakan bahawa jika berada hidup dizaman yang membazirkan waktu dan sistem penghidupan yg menjauhkan dari kebajikan dan buat kerja2 lagho/sia2 sehingga lari dari kasih sayang terhadap Allah SWT dan sesama makhluk.
    Dlm keadaan begini, manusia mesti kembali kepada pegangan AlQuran dan Hadis dimana tahu apa yang perlu dibuat utk menyesuaikan dlm keadaan sistem sekarang. Keutamaan adalah selamatkan diri dan keluarga dari siksaan neraka. Surah AtTahrim:6يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ ) Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;
    Maknanya, ada ketika wang dan harta bukanlah segala2nya. Kenalah kita membuat pemilihan yang terbaik dimana pemilihan jenis kerja dsb sehingga selesa penghidupan utk mencari keredhaan Allah SWT. Wallahualam

    ReplyDelete
  15. sentiasa sibuk dgn program kebajikan & kemasyarakatan. Alhamdulillah keluarga amat memahami.

    jika ada masa yg terluang, pasti di nikmati bersama keluarga dengan kadar kualiti yg maksimum...

    TQ, ingatan yang amat memberi bekas..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akak! ='( (rindu sgt5 dkt akak! *peluk*)

    =') hee...dah lah rindu dkt akak, tambah post ni,sayu je, sedih..

    Setiap org perlu kpd kasih sayang. Bila ada rasa kasih, terasa diri dihargai, terasa diri disayangi dan tidak keseorangan. Kalau lihat masalah sosial skrg,kemungkinan peratus besar puncanya adalah kerana kurang kasih sayang dan perhatian, terutama drpd ibu bapa.

    Alhamdulillah,keluarga adik penuh dgn kasih syg =') Ibu terlalu penyayang dan adik belajar melalui Ibu adik apa itu erti kasih syg...

    ReplyDelete
  17. Hatiku suka adanya kamu semua! ^_-

    Alhamdulillah ya rabbi..
    terima kasih kpd akh Shahjiehan,akh Aiez dan ustazah Tajnur serta Ustaz Abuikhwan ^_^

    maaf lewat membalas komen anda semua.komen anda cukup sy hargai,hanya Allah yg mampu membalasnya.shukran jiddan....=)

    terima kasih atas sokongan yg diberikan =) moga Allah memberkati.ameen

    ReplyDelete
  18. Adik ku sayang:: Zahratu Billaurah :: a.k.a Rabiatul cukup indah nama ini ^__-

    akak rindu juga sgt2 dgn adik..lama adik tak komen :')

    ok,akak terbang kesana ya...--->dushhh terbang dah hehe...=)

    ReplyDelete
  19. cerdik budak tu...tp tentu dia kesunyian.. kasihan~

    ReplyDelete