Begitulah seharusnya cinta

11:39 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan


Alhamdulillah, Cinta? nikmat Allah yang teragung. suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Jika tak dialami manakan dapat dinikmati. yang pastinya..cinta hakiki adalah cinta kepada Allah yang abadi. 


Nikmati cinta dalam bentuk yang teristimewa(Dr Hm Tuah) :
Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti. Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia ditebarkan dimuka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali Nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.


Orang yang tiada perasaan cinta telah kehilangan motivasi dalaman(Dr Hm Tuah):
Cinta seharusnya melahirkan tindakan-tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Entah dimana silapnya cinta yang sepatutnya menjadi lambang kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi pemusnah.


Suburkan rasa cinta sebagaimana ia bermula(Dr Hm Tuah):
Saat bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia. Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. Andainya lautan api direntangkan ditengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk mengambarkan betapa cinta begitu memotivasikan dan perlu bukti. Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti diatas cinta, memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran Ilahi.


Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia. Begitulah seharusnya cinta...


p/s: maaf, tak pandai nak bermadah puitis tentang cinta, ambil kata-kata Dr Tuah pun jadilah..:) kenapa tetiba tentang cinta? salahkah...hek2 tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah...


Dengan cintalah gunung kelihatan rendah untuk didaki, dengan bahagialah lembah kelihatan cetek untuk dituruni, dengan cinta dan bahagialah matlamat hidup insan menjadi sempurna.


cinta ramadhan :)

You Might Also Like

6 comments

  1. cinta itu inspirasi.

    Satu inspirasi untuk mengejar syurga yang abadi.

    ReplyDelete
  2. Akh aiEz

    lain macam bunyi 'dehem' akh tu =)
    cinta itu boleh diutarakan pada apa2 sahaja ^_-

    cintailah sungai kita,nikmat Allah jangan disia-siakan ^_^

    ReplyDelete
  3. kak Izzati Hashim a.k.a kakak ku sayang! ^_-

    Subhanallah,kalau kak Izzati bermonolog sy takleh lawan dah..hebat bah dia!! ^_^

    Cinta itu inspirasi (tudia..kata-kata bijak tentang cinta =)

    Memang benar cinta itu inspirasi, dan kadang-kala digambarkan sebagai tujuan utama hidup.Cinta akan Allah,cinta akan Rasul,cinta akan Agama dan bangsa, cinta akan pasangan hidup yang sah, cinta akan sahabat,cinta akan diri sendiri(cpy n pst) ^_-

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Begitu agung sekali manusia menilai cinta sehingga kita tidak tahu sejauh manakah kesudahan cinta Romeo dan Juliet, Anthony dan Cleoparta, Laila dan Qais selepas berkahwin?
    Dari Ibnu Mas`ud r.a. bhwa Rasulullah saw bersabda,`Tidaklah seseorg dari kamu ditanya mengenai dirinya melainkan AlQuran. Maka jika ia mencintai AlQuran, maka ia mengasihi akan Allah. Dan jika seseorg menggenggam AlQuran, maka ia telah menggenggam Allah dan RasulNya` Kitab AlFurqan diantara pimpinan ArRahman dan pimpinan Syaitan oleh Ibnu Taimiah.
    Bagaimana Rasulullah saw telah mentadabbur AlQuran, sehingga dpt daulah diMadinah dan seterusnya dpt tempat kembali ditanahairnya diMekah Surah AlQasas:85 إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.
    Begitu juga para sahabat r.anhum, apabila telah mendapat `ruhan min amrin` Allah SWT telah menanam perasaan cinta sesama mrk tanpa mengira kaum ansar atau muhajirin. Surah AsSyura:53 وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ۚ
    Sehingga kaum muhajirin sanggup mrk meninggalkan memutuskan hubungan keluarga, harta dan tanahair dgn sehelai sepinggang manakala kaum ansar pula sanggup berkorban menyediakan tanah tempat-tinggal,rumah, pekerjaan dan menceraikan salah satu isteri mrk utk diberi kpd kaum muhajirin! Mana ada kaum seperti itu didunia ni? Segala akhlak mrk telah saksikan oleh Allah SWT dan turunnya Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.
    Malah mrk sanggup berhadapan dgn peperangan sdra dan bangsa mrk sendiri dlm perang Badar, Uhud dan Khandaq atas dasar tali Allah SWT yg tidak akan putus! Surah AlBaqarah:256 فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ Sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Ustazah tajnur

    waalaikumsalam wbt Ustazah.

    'Otak' tak berfungsi sementara =_='

    malunya diri..sebab itu tentang cinta saya tak berapa gemar postkan...tetiba muncul entri ini...=_='malu dgn diri sendiri...

    ustazah telah membuka minda saya..untuk melihat cinta itu dari sudut yg satu lagi,yg lebih hebat!...Allahuakbar!
    susahnya nak berkata =_='

    terima kasih ustazah.

    ReplyDelete