Benih yang menerbitkan 700 buah
8:01 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Dah mulakah? atau masih terkapai-kapai.(monolog)
Alhamdulillah, semakin terisi hati ini, lebih2 lagi bila tengok musabaqah Al-quran, walaupun tak dapat tengok secara langsung depan mata duduk kat sana dengar secara live, tapi alhamdulillah, kira bersyukur ada tv besar (besar tu abaikan, kecik jak bah :) kalau dekat jak dengan rumah confirm akan ke sana bak kata orang, lautan api sanggupku renangi siap berlawan dengan naga lagi (merepek dah), tapi apa boleh buat, jauh sangat dari sabah bah :) bapa ajak juga pergi, tapi yalah santai depan tv rupanya. kira oklah tu, rasanya ada juga terdengar secara live kat rumah ni, ah! tudia mak saya ^_- tak tau nak dengar mana satu...tv kah atau suara mak..semangat!! moga Allah memberkati.
Bermula hari ini, bolehlah rujuk Al-Quran:
Ayat 261 hingga 265 surah al-Baqarah, mengenai ganjaran yang sangat besar dari Allah swt untuk orang yang bersedekah dan berbelanja di jalan Allah.
Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:262)
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Al-Baqarah 2:263)
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:264)
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:265)
p/s: Alhamdulillah, hanya ini mampu dilakukan, mungkin anda lebih arif dari saya, saya cuma insan yang banyak kurangnya, selainnya..serahkan pada Allah swt...terima kasih selama ini menyokong blog membina hati bahagia, moga anda bahagia dengan iman dan takwa.
25 comments
Salam ziarah..
ReplyDeleteTerasa damai jiwa bila dengar alunan ayat suci al-Quran..Boleh tersentuh hati apatah lagi jika faham makna ayat tersebut..
Itulah hati dan jiwa yang masih ada harapan utk berubah..InsyaAllah..
Moga kita di antara insan2 yg masih takut kepada Allah..amin
Subhanallah ! :)
ReplyDeleteUkht Brilliant Marjan
ReplyDeleteAlhamdulillah,bertambah rakan lagi ^_- shukran ya Marjan sudi follow dan komen disini =)
ya,memang damai sekali,tak sedar air mata mengalir..
terima kasih untuk doa itu.ameen ya rabbal a'lamin..
kunjugan Marjan akan saya balas.^_^
Adik Muhammad Iqbal
ReplyDeleteAlhamdulillah...
subhanallah..Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al Qur'an =)
terima kasih dik Iqbal sudi meluangkan masa untuk komen =)
Akh AMMAR YASIR
ReplyDeleteAlhamdulillah,bertambah rakan lagi,shukran ya Ammar sudi follow dan komen disini =)
Thanks to Allah ^_^
kunjungan anda akan saya balas.
Rajin jiha...:)
ReplyDeleteAkh E n t o y C a i r o
ReplyDeleteAlhamdulillah,selamat tiba dah akh kat rumahkn :)
masa yang ada jgn disia-siakan
(peringatan pd diri saya juga)
rajin bila dtgnya rajin,kekadang 'malas' pula yg temankan...Allah!! manusia mudah sgt berubah...insyaAllah jika berdaya..
lgpun,mungkin kerja makin bertambah dibulan ramadhan ini.
terima kasih akh sudi meluangkan masa akh untuk komen.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteNazihah, Islam itu merupakan sistem. Bila kita ceritakan mengenai sistem mesti ada aturcara dan tidak membuat sesuatu yang tidak jelas! saya pernah menceritakan mengenai hubungan sesama kita ada kaitan dgn kerahiman Allah SWT dlm bab keikhlasan.Begitu juga, kita membuat amal kebajikan, pastikan semuanya ada aturan. Apa yang kita buat semuanya akan ditanya oleh Allah SWT. Surah AtTakaasur:8 ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmati dan belanjakannya)!
Sebab itu, sebagai penguasa yg memegang amanah berhaq menahan mana2 pemberian w/pun fara`id pada mrk yg boros, menentang islam, murtad dsb. Surah AnNisa:5 وَلَا تُؤۡتُواْ ٱلسُّفَهَآءَ أَمۡوَٲلَكُمُ ٱلَّتِى جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمۡ Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu.
Itulah yg dinamakan Islam yg mempunyai sistem. Contohnya kbykan wang yg diderma kat Palestine telah dirampas oleh Yahudi dan digunakan membeli peluru bagi membunuh org2 Palestine. Itu belum lagi cerita ketirisan wang sebelum sampai kesana. Tetapi sudah menjadi adat kita yg kurang berilmu, selalu saja bersangka baik terhadap keburukan. Itu sekadar contoh saja. Wallahualam
Ustazah tajnur
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt ustazah.
berkali2 saya baca komen ustazah ni..nak cuba faham.
maaflah ustazah,sy sekadar memberi maksud dari firman Allah swt sahaja..saya tak dapat jelaskan dgn lebih mendalam..saya sememangnya kurang berilmu..btw,terima kasih ustazah jelaskan tentang ini.
islam itu tersusun,diatur dengan penuh hikmah kerana itu ia indah :)
setiap sudut ada sabab musababnya perkara itu perlu dilakukan.bukannya ingin membebankan..
Tetapi sudah menjadi adat kita yg kurang berilmu, selalu saja bersangka baik terhadap keburukan---->Allah! saya terkesan dgn ayat ini..=_='
shukran ustazah.
nice entri...
ReplyDeletemengingatkan diri ini agar sentiasa menjaga niat..
niat penentu penerimaan amal..
no wonder setiap amal harus disertakan dengan niat..
cumanya, niat tidak menghalalkan cara..
hebat kan mukjizat al-quran....
ReplyDeleteayuh sama2 mulakan sekrang, agar momentumnya di bawa shingga ramadan...
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTak mengapa Nazihah, Kalau enti kurang faham, itu sudah lumrah. Selama kita hidup, kalau dinilaikan seharian berapa jamkah kita sudah luangkan masa memikirkan ttg agama? InsyaAllah dgn istiqomah pembelajaran, bermuzakarah dan melalui pengalaman, Allah SWT akan buka nanti pintu kefahaman tersebut.
Akh fuad ansari
ReplyDeleteAlhamdulillah,thanks to Allah.
niat..Allah! akh memandang dari sudut itu...alhamdulillah..=)
barangkali ada antara mereka yg hanya melihat pd sudut membelanjakan harta kejln Allah semata-mata..banyak sebenarnya isi tersurat pd firman Allah ini.
ya,mesti niat didahulukan..walaupun kononnya niat itu baik..namun kalau tidak tepat pd keadaan atau perkara yg dilakukan..mana mungkin ia diberkati Allah swt..pendek kata,dah sah-sah benda tu salah!!
terima kasih akh fuad.nak duit raya ya? akh dah kawen mana boleh dpt lg ^_^...
Akh shahjiehan
ReplyDeleteAlhamdulillah..
mashaAllah..tersangat hebat!..tak boleh diucapkan dgn kata-kata =)
ayuh! ^_^ terima kasih kerana mengingatkan.
Ustazah tajnur
ReplyDeleteterima kasih ustazah..
Selama kita hidup, kalau dinilaikan seharian berapa jamkah kita sudah luangkan masa memikirkan ttg agama?
---> Allah!! tak dapat nak kata =_='
insyaAllah ustazah..doakan saya dan sahabat yg lain...mata ni ustazah selalu nak nangislah..tak tau knp..hati rasa takut jak...T_T
boleh buat ayat hafazan untuk halaqoh nie..
ReplyDeleteyildirim fateh
ya shairazi sharizan
ReplyDeleteAlhamdulillah,niat baik Allah memberkati razi :) tafadhol..:)
seronokn halaqoh..:) bilalah dpt join...
kena curi masa utk dtg
ReplyDeletea'ah....
ReplyDeletemasa kat asrama dulu jak join..sekrg ni takda dah,lamanya... =_=' percaya tak...
kat sini takda yg buat pun..
belajar sekarang dekat mana?mesir ka?
ReplyDeletetaklah..baru nak sambung study 7/9 kat ums..sy bdak lpsn stpm razi.
ReplyDeletetermalu sendirian...apa-apa pun kena cari,,i.allah ada,,
ReplyDeletesy yg patutnya shy..=_=' not Razi..
ReplyDeleteok,insyaAllah..terima kasih.
termalu bukan ape,,sebab ana pon akan masuk tahun satu du UM,,1991
ReplyDeletetersenyum sendiri..maaf Razi.sama pula kita..tp,msti Razi dlm bidang agamakn..^_^ mabruk razi.
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga berjaya dunia n akhirat.insyaAllah.