"saya ikhlas"

11:26 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah,thank you Allah! :)

Ikhlas itu satu rahsia Allah tentulah kita tidak mungkin dapat tahu siapakah yang ikhlas atau tidak. ya..ya..saya tahu..tuan empunya blog ini pun susah untuk dipastikan apakah ikhlas atau tidak. Ada individu selalu membahaskan dirinya ikhlas "saya ikhlas" . ah! yang ini Saya pernah buat . Sebenarnya, nak tahu juga..boleh atau tak mengaku begitu?ada yang kata tak boleh..ada yang kata.. boleh bah kalau kau (=_=') 

walaupun ianya adalah rahsia, namun Islam ada membuat satu garis panduan untuk kita mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.InsyaAllah.

Caranya, 

orang puji atau orang keji kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan, kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah. Sebab itu kalau manusia keji, caci atau hina hati tidak pun cacat. Tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin melawan dengan orang yang menghina itu.

Begitu juga kalau orang puji, pujian tidak berbekas pada hati. Tidak timbul rasa bangga, puas hati dan tidak juga bertambah kasih sayang pada orang yang memuji itu disebabkan pujiannya. Bagi mereka yang ikhlas, pujian dan kejian tidak pernah difikirkan apa lagi hendak diharapkan. Mereka hanya memikirkan keredhaan dan kemurkaan Allah. Mereka sangat takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka. Sebaliknya mereka sangat ingin agar Allah menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka.

baca kisah ini,

Saidina Ali karomallahuwajhah, ketika musuhnya meludahi mukanya, terus dilepaskan peluang untuk mengalahkan musuh itu. Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu, terus dijawab, "Aku bimbang kalau-kalau pukulanku sesudah ludahannya itu adalah kerana marah dan bukan lagi kerana Allah."

Demikian satu contoh bahawa orang yang ikhlas sanggup mengenepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredhaan Allah. Mereka tidak bimbang nasib diri, rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting Allah menerima baik amalan mereka.

Untuk mendapat hati yang ikhlas bukanlah sesuatu yang mudah.

Tanpa usaha yang sungguh-sungguh kita akan sentiasa tewas di tangan syaitan yang sentiasa nekad untuk menjatuhkan kita. Ingatlah ketika Allah SWT melaknatinya, syaitan merayu untuk menyesatkan semua anak-cucu Nabi Adam a.s.  Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65)

p/s : mujahadahlah dengan nafsu dan syaitan, supaya setiap amalan yang kita lakukan adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Semoga iman kita selamat. (peringatan bersama). Nisfu syaaban dah nak hampir, moga Allah memberkati :)

You Might Also Like

22 comments

  1. insyaAllah...
    moga dpt ikhlskn dri...

    ReplyDelete
  2. Ikhlas itu adalah rahsia Allah dan hambaNya.Ia tidak diketahui malaikat,sehinga ia tidak berkuasa menulisnya.Tidak pula diketahui oleh syaitan,sehingga ia tidak berkuasa merosakkannya.
    (amru khalid,Islahul Qulub,2011)

    ReplyDelete
  3. Ukht Khazinatul Asrar..cantik nama awak =)

    Alhamdulillah,insyaAllah..berjuang!

    tertanya juga dibenak fikiran..selama kehidupan yg dijalani ni..adakah segala amalan ikhlas dilakukan..ya,rabb makin 'sakit' bila difikirkan...

    shukran Khazinatul Asrar,1st time ukht komen kat sini kn =)

    ReplyDelete
  4. Adik Ibnbakr..aih..lama tak muncul nama adik Wafi ini=) jgn lupa jg kesihatan w/pun bz ya dik =)

    Alhamdulillah,akak dot 'input' baru hari ini..berkat ilmu yg adik nyatakan itu =)shukran dik wafi.amat akak hargai dik.

    semoga Allah memberkati =)

    ReplyDelete
  5. Akh E n t o y C a i r oa.k.a abang Fahmi =)

    Alhamdulillah..thanks to Allah =)

    akh dah mula rajin mengomen dan itu satu usaha yg cukup baik! =)komen lg ya..=)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt
    Manusia dan kemanusiaan! Sebagai manusia, semmgnya fitrah kita ingin membuat kebajikan secara ikhlas kpd manusia lain. Tetapi bila kita menceritakan `kemanusiaan` ia bersangkutan dengan kerahiman terhadap Allah SWT. Surah AnNisa:1 وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan [mempergunakan] nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain [2], dan [peliharalah] hubungan silaturahim.
    Kita nak tolong pun, biarlah yang ada menyentuh mengenai perintah Allah SWT w/pun jiwa org melayu ni lebih bersifat kesian pada orang tanpa mengira agama dan bangsa. Sebab itu, dalam kalau kita nak katakan `ikhlas` dlm sesuatu pekerjaan, mesti ada hubungan dgn Dinullah. Surah Albaiyyinat:5 وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepada-Nya dalam [menjalankan] agama dengan lurus.
    Apabila kita fokuskan keikhlasan pada Din Allah, maka kita tidak mencampur-aduk dgn dendam, iri hati, ujub dan penyakit hati mahupun ganjaran didunia. Para sahabat telah diuji mengenai keikhlasannya sehingga `hijrah ke madinah` bermakna putus hubungan antara keluarga melibatkan anak, emak dan bapa. Begitu juga, Perang Badar dan Perang Uhud bermakna anak terpaksa membunuh bapak dan begitu sebaliknya sehingga Allah SWT menggelarkan mereka dan `radhiyallahu anhum`turun Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan [1] yang datang daripada-Nya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. salam alaik....
    moga sihat selalu ye...

    "keikhlasan itu umpama semut hitam yang berada dalam malam yang kelam.. ia ada tetapi sukar tuk dilihat..."

    ReplyDelete
  8. salam alaik....
    moga sihat selalu ye...

    "keikhlasan itu umpama semut hitam yang berada dalam malam yang kelam.. ia ada tetapi sukar tuk dilihat..."

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum nazihah...

    kadang2 diri tertanya juga soalan ni pada diri sendiri...terima kasih perkongsian...:)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum jiha..

    ikhlas umpama semut hitam, di atas batu yang hitam pada waktu yang gelap. Sangat sukar dilihat. Hanya Allah sahaja yg layak menghitungnya. Moga Allah pmudahkan segala urusan awak. :)

    Oh, ya! Mcm mna keputusan upu?? dpt further study kat mne??

    ReplyDelete
  11. Ustazah tajnur teringin nak kenal ustazah ^_- ustazah tak nak kenal2 dgn sy kah? hehe =)

    ustazah,bila dirujuk..sy amat tertarik dgn surah pertama yg ustazah nyatakn tu..

    --> Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah 98:5) =)

    -->maksud ayat itu dah cukup jelas..jika nak berada pd paksi yg benar yakni agama yg benar iaitu Islam maka segala amal dan ibadat hanya kerana Allah..=)

    kita tolong kerana Allah..so,tak perlulah nak ckp yg 'sy ikhlas' kn..lebih elok ckp 'kerana Allah sy bantu' kn ustazah! ^_^ tp,kekdang manusia ni suka sgt nak tafsir benda lain..hmm

    btw,terima kasih ustazah! =)

    ReplyDelete
  12. yaa Adie shahrul.

    -->sihat sahaja mutakhir ini =)

    -->wah..hingga 2x komentar tu keluar hehe =)

    btw,terima kasih =)

    ReplyDelete
  13. Akh aiEz

    waalaikumsalam akh! =)

    sy juga tertanya2..tak apalah..biar kita tertanya supaya kita lebih berhati-hati soal ini..=)inshaAllah.

    thanks to Allah ^_-

    ReplyDelete
  14. yaa nusrah a.k.a pertolongan ^__-

    waalaikumsalam my dear! =)

    ayat nusrah hampir sama dgn Adie =) meansnya sama juga hehe =) ikhlas tu mmg sukar untuk diketahui..rahsia Allah..kita tak tahu sebenarnya,ya hanya DIA yg layak menghitungnya =)

    Alhamdulillah Nusrah,terima kasih untuk doa itu =') awak juga sy doakn =)

    Alhamdulillah..thanks to Allah..sy dpt kat UMS(pendidikan) Nusrah..^__-

    shukran buat semua sahabat! yg sy kenal atau tidak..selama ni doakn kejayaan sy =)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah wa syukurillah..
    eheh..cam lagu plak. dapat further kat tmpat senegeri juga. Moga Allah permudahkan semua urusan.

    Oh, x perasan plak komen kawan jiha yg adie pun camtu gak..sy baca sekali lalu je.hehe

    ReplyDelete
  16. Pujian tidak membanggakan, kejian tidak menyusahkan... <---nice quote..

    moga sama2 dapat amal.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  17. Akh fuad ansari.

    Alhamdulillah,terima kasih akh :)
    insyaAllah.ameen ya rabb.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt
    InsyaAllah teringin juga nak berkenalan dgn Nazihah tetapi buat masa ni biarlah dialam maya. Mmg saya boleh berintraksi sekadar bercakap Melayu Sabah dan melayu Sarawak, Indonesia dan bahasa Arab (sekadar pembelajaran pondok agama). Apa lagi tujuan kita hidup ni, sentiasa mencari kefahaman AlQuran dan hadis supaya hidup dgn ruhhan min amrina (Surah AsSyura:52) selain mencari bekalan hidup sementara. Wallahualam

    ReplyDelete
  19. kalau tengah buat kerja mesti kita boleh tahan diri lagi,,,tapi lepas buat kerja nak jaga ikhlas cukup2 susah,tambah-tambah yang memuji lebih-lebih.

    oh,susahnya nak jaga ikhlas

    yildirim fateh

    ReplyDelete
  20. ya shairazi sharizan a.k.a Razi

    mmg susah.

    Sebab ikhlas adalah urusan dan tugas hati dan cuma Allah saja yang tahu pendirian hati para hambaNya.

    Andai kapal yg akan ditumpangi melayari lautan hidup sudah demikian kuat dan kukuh konstruksinya,bekalpun sudah lengkap dan berlebihan, edang bahu sudah siap sedia memikul segala beban yang berat,namun pelayaran itu tak juga akan diberkahi kalau tidak dijiwai oleh semangat ikhlas.(kopipes) =) moga beroleh manfaatnya.

    ReplyDelete
  21. ustazah tajnur

    waalaikumsalam =)

    Alhamdulillah,baiklah ustazah! ill be waiting =) insyaAllah

    ReplyDelete