Tekanan!
2:48 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Biru itu mendamaikan :)
Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang tekanan pun, tajuk saja yang agak tertekan. Bagi saya, permasalahan tekanan ini amat sesuai dibincangkan semasa tuan empunya blog ini berada dalam kondisi yang agak baik. dah habiskah belum cerita 'bersih'?(buat tak tahu) isu semasa ini memang saya kurang peka. Bersyukurlah apa yang ada.
yang ini nak cerita sebenarnya! Tahukah anda? ya, saya tahu anda tahu, saja nak tanya. Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Buat insan yang tergolong dalam kalangan mereka yang mudah 'stress', amatlah sesuai baca ini. contohnya saya. Rasanya sudah ramai yang baca mengenai ini, saya pun rujuk buku juga, tetapi apa salahnya kita ulangkaji balik an an. yes! terima kasih kerana anda angguk2kan kepala anda. Itu tanda setuju.
Senyum :)sebuah senyuman yang tulus dapat membuat suasana hati lebih baik.
kita mulakan dengan kesabaran. Bersabar dengan segala yang menimpa. "Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya". (Luqman:17)
Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud : "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta." (al-Ankabut :2-3)
Kita kena tahu, setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa. Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. "Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali." (al-Baqarah:156)
Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran. Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi SAW bersabda, maksudnya : "Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ingatlah! masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.
p/s untuk diri sendiri : cubalah untuk tenang...
Panah hikmat--> Lihatlah pada apa yang diperkatakan, jangan lihat pada siapa yang berkata.
8 comments
saya kurang reti nk komen..just read nk rite (like) je.hehe..
ReplyDeleteanyway this is best bro!! eh..sis!.
Akh E n t o y C a i r opandai juga rupanya mengomen ya =)
ReplyDeleteterima kasih,like saja pun kira oklah tu =)
ilmu yang dikongsikan tersebar juga =)
Alhamdulillah,thank you bro! =)
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
ReplyDeletesabar la..semua ini mematangkan diri...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteMasalah utama yang ada pada manusia adalah mencari petunjuk yang telah pun sampai. Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ Adapun ia pasti akan datang petunjuk dari Ku, mka barangsiapa mengikut petujukKu, maka tiada ia dlm ketakutan dan dukacita.
Ketika nak mengikut perintah Allah SWT inilah kita menghadapi masalah2 mengikut ujian2 yang Allah SWT berikan dlm keadaaan bekalan hidup dan tempohmasa yang terhad. Tetapi apabila manusia sudah tersasar tujuan asal dan mencari masalah keutamaan yang lain menyebabkan jantung (hati) menjadi keras! Surah AlHadid:16وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡۖ Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras.
Apabila menjadik keras, mudah saja lupakan perntah Allah SWT dan hidup kita semakin hanyut dlupakan Allah SWT kerana lari dari panduanNya. Surah AlHasyr:19وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَٮٰهُمۡ أَنفُسَہُمۡۚ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka.
Maka tidak hairanlah manusia hidup dlm keadaan sstem stress dan sempit kerana lari dari peringatan (AlQuran) Allah SWT. Surah Toha:124وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا وَنَحۡشُرُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
Buatlah macamana pun supaya hidup dlm keadaan ceria dan jadikannya sebagai retorik hdup tetapi hakikatnya manusia tetap hadapi masalah demi masalah. Namun diakhir hayatnya tetap menaruh kebimbangan menemui Tuhannya. Wallahualam
yaa Adie shahrul
ReplyDeleteAlhamdulillah,terima kasih utk statement itu,hingga ke anak-anak ya..heh =)bagi mereka yg dah b'rumah tangga kn..
kawal emosi itu lebih baik =)sekurang-kurangnya kita cuba..
Akh shahjiehan
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih untuk peringatan tersebut =)
ya,sabar itu penting.pengalaman yg kita dpt drpd ujian yg menimpa mampu mendewasakan kita untuk lebih mengenal erti hidup sebenarnya...
Ustazah tajnur =)
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt ustazah =) seperti yg dijangka,ustazah sentiasa ada memberi keterangan b'serta nas yg sepatutnya =)alhamdulillah ya rabbi.
manusia ini mmg cepat melatah kn ustazah?yg kecil nampak besarnya..rupanya tak sebesar mana pun..(panahan untuk diri sendiri)
Allah dah tentukan mana yg terbaik buat hamba-Nya.untuk mendapat itu bukan juga mudah,kita perlukan pengorbanan..
boleh jadi perkara itu baik buat kita..seperti firman Allah "dalam kesusahan pasti ada kemudahan....pendek kata..pasti ada hikmah disebalik tekanan yg kita dpt.org kata,pahit dulu,baru manisnya ada =)
kesabaran itu juga yg utama selain bersyukur..Allah itu Maha pengasih lagi Maha mengetahui keadaan kita yg sebenarnya..lgpun manusia diciptakan untuk akhirat..dunia ini diciptakan utk manusia.jadi,yg penting adalah kehidupan akhirat nanti =)
kalau salah apa yg saya nyatakan,sila betulkan,sy ni budak baru belajar untuk lebih mengenal islam dan mendekatkan diri kepada-Nya. =)
Moga Allah kasih semuanya,insyaAllah.ameen ya rabb.
membina hati bahagia =)