Ucapan yang bermakna

9:18 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Be better than you were yesterday :) Here

Alhamdulillah, hari ini akak nak bercerita dengan adik-adik tentang seorang insan terpilih ini, moga adik-adik dapat mengambil ibrah dari peristiwa cerita ini :)

<~~~~~~~~~~~~~>

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Imam al-Ghazali dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan kebolehan yang luar biasa dengan menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Apabila al-Ghazali mencecah usia empat tahun, ibunya telah mendidiknya tentang al-Quran dan hadis. Ketika berusia enam tahun, al-Ghazali telah menghafal al-Quran sebanyak 30 juzuk dan ribuan hadis. Hebatkan adik-adik.

Tidak lama kemudian, ibunya menyuruhnya ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Setelah siap semua bekalannya, al-Ghazali berangkat ke Baghdad seorang diri dengan menunggang seekor keldai pemberian ibunya. Bersamanya dibawa berpuluh-puluh buku catatan ilmu yang dipelajarinya. Sepanjang perjalanan, al-Ghazali akan mencatat apa sahaja yang didengarinya atau yang dijumpainya dalam bukunya.

Semasa dalam perjalanannya itu, al-Ghazali telah dikepung oleh sekumpulan perompak. Ketua perompak mengarahnya mengeluarkan semua barang yang dibawanya.

Bagaimanapun ketua perompak mendapati tidak ada wang atau barang berharga melainkan buku-buku sahaja. Dia menjadi marah lalu menarik baju al-Ghazali. Al-Ghazali pula bersungguh-sungguh mempertahankan buku-bukunya. Ini menimbulkan kehairanan kepada ketua perompak.

"Jadi kalau kami rampas buku-buku ini, hilanglah ilmu kamu. Wahai budak, ilmu itu bukan di buku tetapi di otak," kata ketua perompak lalu beredar.

Setelah perompak itu pergi, barulah al-Ghazali terfikir akan kebenaran kata-kata perompak itu. Sejak peristiwa itu al-Ghazali tidak lagi tertumpu pada buku-buku dan catatan dalam mengkaji pelbagai ilmu, melainkan terus mengingati dan menghafalnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; "Setiap muslim diwajibkan menuntut ilmu." (Hadis Riwayat Muslim)

You Might Also Like

20 comments

  1. Ilmu itu di otak resapkan pada hati tuk dinilai kebaikannya.. amalkan dgn anggota untuk menilai keberkesanannya.. luahkan d lidah untuk menyebarkannya pada yang lain..:)

    ReplyDelete
  2. yaa Adie shahrulAlhamdulillah,adik yang terawal komen heh =)

    Terima kasih =)

    ilmu penyuluh hidup!


    Budak2 berkejar-kejar
    Rasa gembira bermain disana
    Kalau kita rajin belajar
    Tentu kita akan berjaya =)

    ReplyDelete
  3. wah..perompak pon boleh sedarkan kite kpd sesuatu yg baik kan.

    ReplyDelete
  4. nasihat perompak pon boleh tahan, alhamdulilah

    ReplyDelete
  5. sy suka sgt2 nasihat drp perompak tu.kdg kte x sedar kata-kata dari orang yang agak annoying kat kita tu adalah satu teguran yang terbaek untuk kita.Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt
    Sebermula Allah SWT menciptakan bangsa dan bahasa supaya dpt berkomunikasi diantara satu sama lain. Surah AlHujurat:13يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
    Kemudian manusia mendapat ilham dari Allah SWT mengembangkan bahasa dan tulisan kaum mrk dan bagaimana penggunaannya samada baik atau tidak. Surah AsShams:8 فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
    Kalau kita diperhatikan, tulisan asal bahasa Arab, mmg tiada titik apalagi baris fathah, kasrah dan dhomah. Sehandal mana sekalipun org skrg, tak mampu nak cipta bahasa dan tulisan bahasa sendiri. Begitu juga nak baca tulisan dimana huruf ba, ta, tha, jim, kho dsb semuanya tanpa titik! Mrk jauh lebih arif dari kita sehingga dicatatkan dlm AlQuran tidak sampai sepersepuluh dari mrk. Surah Saba:35 وَكَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَمَا بَلَغُواْ مِعۡشَارَ مَآ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ فَكَذَّبُواْ رُسُلِىۖ Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu`.
    Malah mrk mampu menyimpan banyak maklumat didalam otak2 mrk dgn baik. Sebab itu mrk boleh hafal dgn baik dan tidak berapa perlu byk menulis. Tetapi zaman telah berlalu, apabila otak2 manusia sudah tidak sebaik spt dahulu, maka mrk bayk menyimpan ilmu dgn cara kemahiran penulisan dlm buku2. Ada yg dpt menulis dgn laju dan cekap. Sehingga Rasulullah saw bersabda,1 Kamu ikatlah sesuatu ilmu dgn penulisan` Riwayat Muslim.
    Apabila zaman telah berlalu lagi, maka mrk menciptakan komputer2 disebagai cara rakaman utk mengurangkan hafalan dan menulis. Ditambah pula dgn penggunaan `internet` sebagai cara utk mendptkan maklumat disegenap penjuru dunia! Surah Fussilat:53 Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Wallahualam

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum jiha

    i got 2 points foor this entry.

    1st - yes2, al-ilmu fissudur la fil kutub. kadang2 kita terlalu bergantung pada buku, smpai kita tak sedar yg otak dan akal yg Allah bg ni boleh digunakan dgn tahap maksima. Tapi klu telebih guna logik akal pun ada masalah juga jika tak diselaraskan dgn alquran sunnah.

    2nd - erti hidup itu kita sebenarnya belajar drpd alam. Kadang2 kita tak sedar bhwa org yg kita anggap jahat pun boleh mengajar kita erti hidup.

    Wallahua'lam. Love Fillah ;) ;)

    ReplyDelete
  8. ukht aleen aidenAlhamdulillah,terima kasih sudi ke sini dan komen =) amat saya hargai.

    hebatkan kuasa Allah,saat begitu pun Allah masih boleh memberi petunjuk pada hamba-Nya =)

    tak disangka,perompak pun boleh diterima nasihatnya =)

    ReplyDelete
  9. yaa shairazi sharizan Alhamdulillah,terima kasih sudi ke sini dan komen =)

    smart nama kamu 'shairazi sharizan' hampir2 jak =)

    ya,itulah..nasihat perompak pun berguna kan =)

    ReplyDelete
  10. ukht mujahidahAlhamdulillah,terima kasih ukht sudi ke sini dan komen =)

    saya juga suka dgn nasihat perompak tu,sbb itu..saya berkongsi hasil bacaan ini =)

    kerana itu..setiap teguran org lain kita perlu terima dengan hati yg terbuka,mgkin dgn teguran itu..kita mampu berubah menjadi yg lebih baik bahkan hebat! =)

    ReplyDelete
  11. ukht qesayhatikuAlhamdulillah,terima kasih sudi ke sini dan komen =) amat saya hargai.

    senyum =) ada makna tu hehe

    ingat pesan perompak tu ya =)

    ReplyDelete
  12. ustazah tajnurAlhamdulillah,saya dah jangka ustazah mesti komen =) dan itu membuatkan saya gembira =)shukran ya ustazah =)

    terasa juga dengan komen ustazah tu..nak senang ja..lebih2 lagi zaman IT ni..dihujung jari jak.

    lain dgn ilmuan terdahulu,mereka berguru,menghafal,memahami,menulis ilmu yg mrk dpt..makin lama makin bertambah ilmu..

    cukup waktu nak bljr jak berhabis nak bljr..lepas tu..ilmu..hilang dah entah ke mana (ini untuk diri)

    terima kasih ustazah.

    ReplyDelete
  13. yaa nusrahwaalaikumsalam Nusrah =)

    yes!you're right Nusrah =)

    kerana Allah SWT itu Tuhan seluruh alam =)

    kat mana2 pun pasti ada ibrah tersembunyi yg kita perolehi =)

    Love Fillah too ;)

    ReplyDelete
  14. tuntut ilmu hingga ke liang lahad...sebarkan kebaikan pd semua untuk manfaat kita bersama..terima kasih perkongsian..:)

    ReplyDelete
  15. sungguh benar bagai dikata ilmu itu bukan di buku tetapi di otak... skrg ni ilmu suma dlm laptop je.. tranfer guna usb je...

    ReplyDelete
  16. Jangan sangka org yang sering melakukan kejahatan/kemungkaran tidak berguna... malah mungkin mereka lagi lebih mendalam ilmunya..:)

    ReplyDelete
  17. teringat kisah sheikh abdul kadir al-jailani yg berkata benar kepada perompak mengenai duit yg ada bersamanya.. lantas kata perompak:

    “Alangkah mulianya budi pekertimu wahai budak, dan alangkah beruntungnya ibu yang melahirkanmu. Sedangkan masih kecil begini engkau takut berbuat dosa, tetapi aku pula tanpa segan silu membuat kejahatan dan mengkhianati janji serta amanah Allah. Demi Allah, mulai hari ini aku bersumpah akan bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  18. ha'ah, nama itu macam sama dan serupa, mungkin kategori s kot.

    ya, sangat berguna, hatta nasihat musuh pon kita kena ambil peduli.

    afwan

    ReplyDelete
  19. yaa shairazi sharizan tak disangka komen itu dibalas hehe =)

    apa2 pun blog 'kembara cahaya' anda memang mantap! perisiannya.teruskan perjuangan ini =)

    ReplyDelete
  20. balas lambaattt sikit,

    blog membina hati bahagia pon lagi hebat..

    i.allah sama2 berkongsi tinta ini..

    ReplyDelete