jika anda yakin
4:16 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Assalamualaikum, mendoakan kesejahteraan kalian dari kejauhan. Apa khabar anda hari ini?alhamdulillah, jikalau sihat. Bisikan hati,m"aku tidak boleh buat", "aku takda masa", aku tak yakin" dan seribu satu perkataan yang disebut merendahkan kemampuan diri tanpa disedari. oh no, note diatas bukan ditujukan untuk anda. Sekadar menjadi contoh untuk entri ini. Saya tahu kalian semua sangat berkeyakinan tinggi dan percaya pada diri kan? tahniah untuk anda tetapi, tidak mungkin untuk saya. Agak lambat meyakinkan diri. Kekadang mencari alasan padahal diri tahu perlu hindari mencari alasan. mengapa diikut bisikan itu. Allahu rabbi, Engkau Maha Mengetahui.
Segalanya bermula dari diri sendiri
fikir ketika anda masih kecil,semuanya anda lakukan. Anda meletakkan selimut di leher. wah,anda menjadi superman! Anda mengambil penyapu ibu, dan naik diatasnya, kemudian, anda menjadi ahli sihir. Anda memanjat pokok, kerana anda tidak tahu bahawa anda mungkin jatuh. Anda hanya melakukannya. Anda membuat hal itu terjadi,kerana anda percaya. Kemudian anda kreatif dengan keyakinan yang kuat.
Apabila anda dewasa, segalanya telah berbeza, Ketika gagal dalam peperiksaan, Anda berfikir "saya tidak boleh melakukannya" Apabila anda ingin memulakan perniagaan, Anda berfikir "mungkin ini tidak mudah" Ketika anda sudah dalam perniagaan, Anda mendengar seseorang mengatakan jangan mengambil risiko. Kemudian, apabila anda mempunyai idea cemerlang. Boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang2 miskin, Dapat memberikan hidup lebih baik kepada ramai orang, Boleh membuat bangsa kita bangga, Dapat membantu pertumbuhan negara kita Dan boleh mencipta dunia lebih baik Dan anda pula berkata "oh,saya tidak yakin".
ya, anda masih kreatif tetapi dengan penuh keraguan. Tahun kemudian,anda mendengar seseorang mempunyai idea sama seperti anda. Apa yang membuatnya berbeza dengan anda? Tindakannya! dia meletakkan idea dia menjadi kenyataan. Dia menjadi usahawan muda kreatif tahun itu. Kepercayaan dan keyakinannya menyebabkan dia memenangi anugerah itu
Maka, anda mula berfikir, sebaiknya aku mengambil tindakan itu tahun yang lalu. Anda lihat kembali ketika kecil Sekiranya idea itu muncul ketika kecil pasti anda melaksanakan tindakan itu! kerana ketika itu,anda sangat yakin dan percaya pada diri. Anda masih belum terlambat, Anda hanya memerlukan idea dan mewujudkannya. Anda masih boleh percaya, jika anda percaya, Kreativiti bermula dari keyakinan!
Yakinlah kepada tuhan, Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan kerana itulah fitrahnya atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang kita harus percaya ini tidak bermakna berakhir segala-galanya dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas. Jadi biar apapun yang kita lakukan jangan mengalah!
Kita mesti teruskan usaha. Biar bagaimanapun hidup kita beredar kerana apa yang menanti kita di hadapan sana tiada siapa yang tahu. Kita harus percaya bahawa yang baik itu pasti akan menang dan tidak lama lagi ada sebab untuk kita bergembira. Jadi, biar apapun yang kita lakukan jangan mengalah!! (Petikan daripada; Julia, Abu Hassan Morad Hadiah Sastera 1997)
Siapa pun dapat mencari alasan, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan, apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.(mysteri Khai)
Kembali kepada Allah dengan Tarbiyah yang benar
“Dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Qur’an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Rabb-nya,dan merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Al Baqorah 2:45) dan firmanNya: al-Qur’an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.” (QS. Al-Jaatsiyah: 20).
"usah salahkan lantai licin jika diri sendiri tidak pandai menari"Tamparan wanita untuk diri sendiri.
3 comments
salam jiha,
ReplyDeletethanks for sharing. :)
kadang2 kita terlepas pandang. Mahu senang sahaja dalam jalan dakwah tapi sebenarnya tiada istilah manja dalam tarbiyah. Moga Allah terus pelihara hati kita utk istiqamah.
btul kata Nusrah, dalam perjuangan penuh perih..bkn sdikit mahar yg plu dibayar..bkn sdikit perih yg ditagih..
ReplyDeleteAssalamualaikum bukan ucapan remeh
Alhamdulillah,syukran jzklh utk Nusrah dan Ad-Dien yg sudi singgah dan komen diblog ini :)
ReplyDeleteterima kasih juga atas peringatan yg diberi :)
akan dibalas kunjungan anda,bersama kita mencari ilmu :)