~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
<<Wanita di gurun pasir>>
Seorang wanita yang tekun beribadah dan memiliki ketajaman kerohanian mendapati dirinya terpisah dari rombongannya dan tersesat di tengah gurun pasir. Dia berjalan ke sana sini dan akhirnya berhenti dan berlindung di bawah serumpun semak belukar. Dengan penuh keresahannya dibenamkannya kepalanya di lututnya, lalu berdoa, "Ya Allah! aku adalah seorang musafir, sakit, sendiri dan kesusahan, seorang pengemis yang merana!"
Seketika itu, dari alam ghaib terdengar sebuah suara menyahut, "meskipun Aku menemanimu, engkau merasa menderita dan sendiri? Aku disini, hadir dalam hatimu, sahabat setia dalam jiwamu."
>>Bait puisi berikut ini mungkin boleh menggambarkan keadaannya:
Meskipun semua makhluk menentangku,
Tidak mengapa, wahai sahabatku yang manis,
Tidak mengapa, wahai sahabatku yang manis,
Kerana hanya Engkaulah satu-satunya,
Yang kupilih, yang ku puja.
Esok belum tentu matahari masih mencerah merah,
entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.
entah-entah sudah padam di kelopak mata kita.
Kebahagiaan berkait rapat dengan hati, berkait rapat juga dengan jasad yang menyimpan hati itu. Keseluruhan diri manusia mencerminkan apakah hatinya bahagia atau derita. Semuanya terpancar melalui air muka. Tiada panduan yang terbaik untuk menikmati bahagia kecuali meniti di atas panduan-panduan yang telah diberikan oleh agama. (Dr.Hm Tuah Iskandar)
p/s: yakinlah daripada setiap kejelekan dan ujian, tersirat kemanisan untuk diselongkar :)