Tatkala Allah mencipta manusia.

9:55 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

No illness or injury touches a human being without God’s permission.

Al-quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah swt, yakni Adam 'alaihis-salam (as), dalam surah al-baqarah, ayat 30-38, bolehlah kalian rujuk al-quran seperti berikut:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah 2:31)

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:32)

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (Al-Baqarah 2:33)

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah 2:34)

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah 2:35)

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". (Al-Baqarah 2:36)

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:37)

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Al-Baqarah 2:38)

p/s: Alhamdulillah, hanya ini mampu dilakukan, jika ada kesilapan boleh nyatakan kepada saya dan mohon maaf. waassalamah...

You Might Also Like

16 comments

  1. terima kasih bah...
    selamat pagi..:) senyum...

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Sememangnya Allah SWT telah memilih manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini kerana telah berlaku sumpah setia semasa di alam ruh. Surah AlAhzab:72 Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
    Sesiapa yg turun ke muka mestilah mentaati perintah Allah SWT menjadi org yang soleh mengamankan bumi. Surah Al`Araaf:172 أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
    Pernah Allah SWT menurunkan 2 malaikat iaitu Haru dan Maarut ke bumi di Babylon semasa zaman era Nabi Allah Sulaiman a.s. sebagai ujian, ternyata mrk gagal dan terjebak langkah syaitan. Surah Albaqarah:102 وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ
    Apalagi kalau syaitan, mmg golongan yang jahat yang melampaui batas!
    Islam sesuai dgn fitrah manusia, biarpun manusia suka menumpahkan darah, sukakan syahwat, kedekut, marah, dsb tetapi ada aturan yang dibenarkan iaitu membunuh semasa peperangan, sukakan seks dgn menggalakkan perkahwinan, kedekut pada mrk yang menentang Islam, marah pada mrk yg menghina Islam dsb. Surah ArRom:30 فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
    p/s Hanya sempat ceritakan Surah AlBaqarah:30 sahaja!

    ReplyDelete
  4. antara yg dapat tentg ayat ini,,,

    "kadar pengetahuan makhluk terbatas berbanding pencipta"

    "bila mana sudah melakukan dosa, perlu bertaubat, hatta nabi sendiri bertaubat apatah lg manusia biasa"

    sekian,banyak pengajaran dalam 8 ayat ini..

    yildirim fateh

    ReplyDelete
  5. adanya kisah yang digarap indah oleh Allah swt disebalik tinggalnya manusia di muka bumi..

    kisah indah yang penuh hikmah dan tauladan..

    ReplyDelete
  6. Adik Muhammad Iqbal

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin 95:4) ^_^

    terima kasih dik iqbal..ingatkn tentang firman Allah ni :)

    ReplyDelete
  7. Ustazah tajnur

    Alhamdulillah,terima kasih ustazah.

    seperti yg ustzah nyatakan--->Islam sesuai dgn fitrah manusia...pernah terbaca,Fitrah yg diberikn Allah SWT kpd manusia bersifat universal (kuttiyyuri)dan secara garis bsr (ijmal)-nya mencakup pd 4 bidang, yaitu : fitrah ketauhidan(al-fitrahfi al-tauhid),fitrah suci dari dosa(al-fitrahfi al-dzunub), fitrah kemuliaan(al-fitrahfi al-ikraman) dan fitrah sosial (al-fitrahfi al-ijti-maiyyah)...(benarkah ni ustazah?)

    cukup cantik dan indah Allah jadikan manusia..“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “At-Tiin ayat 4-->tapi,knp ada juga yg buruknya ustazah? :'(

    ” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”Al-Ankabut ayat 64

    terima kasih ustazah.ada masa ustazah hurailah yg lain ya ^_~

    ReplyDelete
  8. ya shairazi sharizan (Razi=nisbah) :)

    Alhamdulillah,terima kasih razi.

    Allah kurniakan kpd makhluk-Nya apa yg Dia ketahui wajar bagi makhluk-Nya
    betul tak?.

    "Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222

    -->terima kasih atas peringatan itu Razi.

    ReplyDelete
  9. Akh fuad ansari

    Alhamdulillah,terima kasih akh Fuad.

    indah bagi mereka yg mahu berfikir dan amati..macam akh :) kalau tak..takda makna bagi mereka..

    ReplyDelete
  10. Adik aliah amirah

    Alhamdulillah,terima kasih Aliah yg cantik lagi cute ni ^_~

    sharing is caring =)

    ReplyDelete
  11. Allahuakhbar..sentiasalah bertaubat dari segala dosa dan noda..pesanan buat diri

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wbt
    .“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “At-Tiin ayat 4-->tapi,knp ada juga yg buruknya ustazah?

    Nazihah, maksud ayat dlm Surah At-Tiin:4 `Ahsani taqwiim` adalah paling baik kejadian atau program aturcara hidup`. Dlm BM pun kita dah maklum bahawa ia merupakan kalender mengaturkan perjalanan aktiviti mengikut masa yang dirancangkan. Dlm kehidupan manusia, Allah SWT selepas mencipta manusia dan selaku Maha Pencipta tidak tinggalkan begitu saja malah mengaturkan melalui sistem hidup Islam. (Surah AlMukminun:12-14). Kemudian Allah SWT menyediakan AlQuran sebagai panduan hidup sepanjang zaman dan kalau dikaji, lebih byk menceritakan ttg masadepan (qadha`) dari takdir (qadar) daan tidak cuai sedikit pun (Surah AlAn`aam:38 kamu.Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini.`
    Adapun nasib manusia ini w/b/mana cantik sekali ciptaan tetapi nasibnya sudah ditentukan keimanan dan kekufuran bergantung kepada pemilihan dirinya sendiri (AnNahli:36). Wallahualam

    ReplyDelete
  13. Ustazahtajnur

    waalaikumsalam wbt ustazah.

    owh..ok2 faham.

    Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

    Itulah yg terjadi keperitan dan penderitaan jika manusia tidak mengingati Allah dan kembali padanya memohon pertolongan...kn ustazah..

    Sebagai ciptaan,kita harus akur bhw kita tidak ada daya dan kekuatan untuk mengatasi atau melampaui pengetahuan dr pencipta kita..kn ustazah =_='..

    terima kasih ustazah..sy ni tak tau apa2...

    ReplyDelete
  14. ya Ad-Dien

    Alhamdulillah,terima kasih Ad-Dien..pesanan untuk saya juga tu (=_=')

    ReplyDelete