Giveaway 4by4 Shikin Sayang

9:12 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Astaghfirullah atas segala kelemahan dan kesalahan. Malam kian merangkak. Angin terus beralun zikir. Taat pada Pencipta. Banyak mata yang kian lena. Kematian kecil yang sering bersilih ganti. Namun bagi hati yang ‘hidup’, menjadi satu muhasabah untuk berazam menjadi hamba yang lebih baik.(malam)


Keluargaku
Keluarga yang ku sayangi
tempat aku mengadu
 
Apabila merasa sunyi
 penghibur hatiku

Keluarga yang ku rindui
mereka segala-galanya
Tanpanya aku merasa sunyi
Berbahagialah keluarga yang disayangi


"Rumahku, syurgaku".

Mak, terima kasih atas segalanya
Bapa, terima kasih atas segalanya
Kakak, terima kasih atas segalanya
Abang, terima kasih atas segalanya
Adik, terima kasih atas segalanya.

Semoga Allah menggantikan semuanya dengan syurga :)

Auntie permata kata :

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain. Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya. Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya. Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka. Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka. Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya. Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

Kepuasan hidup itu bukan terletak pada apa yang kita perolehi tetapi kepuasan itu adalah ketika kita mampu memberi kepada orang lain :

Hati seorang Wanita

Tercetusnya kasih sayang ini disini : Giveaway 4by4 Shikin Sayang!..
Ini adalah Give Away pertama yang saya ikut : nak masuk 'klik pada banner diatas' saya segan nak tag 'sahabat blogger yang lain' maaf :) Terima kasih kak shikin suruh saya join giveaway ini(ok2,saya sendiri yang nak sebenarnya :) seronok tengok gambar2 kak Shikin kat luar negara. kenapa tak pergi Korea? (soalan bonus hihi) moga Allah redha..



Sejuk mata memandang :)

Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.


p/s: Terma dan syarat 'Giveaway', perlu letak gambar. So, gambar keluarga sengaja diedit bagi tak jelas(jujur), jangan tengok lama2, gambar tu 'pandai tutup muka'. tak percaya? kalau tak percaya,tanya saya r :) 


p/s: Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita! sayang keluarga! :)

You Might Also Like

6 comments

  1. berkasih sayang kerana Allah..^^

    ReplyDelete
  2. punya la tanak bg org tgk muka adik bradik dia....


    hehehhe


    keluarga lah tempat utk kita susah dan senang...

    ReplyDelete
  3. ---->Kalian yang saya kasihi kerana Allah :)

    {kAlaM Kudus92}-->

    Alhamdulillah,shukran ya Ukht :)
    moga Allah Redha :)

    {umarmarwan}-->
    Alhamdulillah,Shukran ya Umar :)

    Berkasih sayang kerana Allah itu indah,maka menjadilah hati yang sarat dengan kasih sayang sentiasa tenang.

    Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

    moga Allah redha :)

    {shahjiehan}-->

    Alhamdulillah,shukran ya Shah :)

    ehem,ai biasalah..hehe

    na'am,susah senang kita rasa bersama keluarga,Keluarga yang akan bersama kita dikala senang dan susah,waktu senang mmg ramai org nak bersama kita,diwaktu susah hanya keluarga sahaja yg sudi menjadi tempat kita mengadu..

    Tanpa keluarga siapalah kita :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana join Giveaway 4by4Shikin Sayang..semoga bahagia selalu bersama insan tersayang..InsyaAllah Korea dlm trip selanjutnya...Amin

    ReplyDelete
  5. Kak Shikin Alhamdulillah,terima kasih kak Shikin :)

    terima kasih sudi memberi kelapangan masa untuk komen disini.amat dihargai :)

    Ameen ya rabb untuk doa itu :)

    untuk kak Shikin juga, semoga bahagia dengan insan yang disayangi. ameen ya rabbul aalamin :)

    teringin nak ke Korea sebenarnya hehe :)

    ReplyDelete